EPILOG


Hidupku umpama bunga yang mekar saat hadirnya kau dalam hidupku. Kau mewarnai duniaku, kau lakarkan kehidupanku dengan penuh pelangi cintamu. Kau sentiasa menjelma dalam mimpiku. Tidak luput diingatanku memikirkanmu. Tidak sirna cintaku terhadapmu...

Kau datang secara tiba-tiba. Hilangnya dirimu membuat hidup separuh nanar. Aku buntu dalam mencari kasih. Aku hilang arah mencari cintamu yang suci. Setiap saat, minit, masa dan hari, aku sentiasa memikirkanmu...

Engkau tercipta untukku. Dikala aku tercari-cari tulang rusukku, kau hadir dalam hidupku. Kau menjadi pelengkap dalam hidupku. Daripada perasaan benci, bertukar menjadi sayang. Daripada benci juga aku belajar untuk merindui dirimu sayang...

Ketahuilah sayangku,
Setiap dengup cintamu,
bersemadi dalam hatiku...

Karya yang berjudul:
BENCI TAPI RINDU

Haikal menutup novel dengan helaan nafas panjang. Tidak jemu dia membaca novel itu. Alhamdulillah, berkat kesabarannya, dia berjaya tunaikan impian isterinya yang kedua. Bukan senang untuk dia mencari idea. Sering kali dia berperang dengan rasa malas dan putus asa. Namun, tatakala terbayang wajah Aqilah, semangatnya datang semula. Aqilah segala-galanya dalam hidupnya kini!

Pandangan Haikal jatuh pada bingkai gambar yang terletak di atas meja. Dicapai lalu ditatap penuh rasa rindu pada wajah dalam gambar itu. “Abang rindu sayang sangat-sangat”, ucap Haikal lalu mengusap lembut gambar itu.

“Terima kasih lengkapkan hidup abang. Terima kasih lahirkan anak-anak yang comel”

Haikal tersenyum mesra. Muhammad Hakim dan Nur Afiqah. Itulah nama anak kembarnya yang sangat comel. Keletah mereka dapat menghiburkan hatinya. Melayan kerenah anak kembarnya membuatkan rindunya pada Aqilah makin menggunung.

“Kenapa sayang pergi? Abang rindu...”, tuturnya hampir tidak terluah di mulut.
           
“Ila tak pergi mana pun. Yang abang buang tabiat cakap seorang diri kenapa?”, sergah Aqilah di muka pintu. Dia berjalan menghampiri Haikal.

Haikal pantas mengalihkan pandangan ke muka pintu. “Abang rindu...”, luah Haikal seperti anak kecil.

Aqilah sudah memeluk tubuh. “Takkanlah Ila keluar dengan anak-anak pun, abang nak cemburu pula. Abang kata balik lambat hari ni?”

“Abang rindu sayang. Tu yang abang balik cepat. Tapi, sunyi je rumah ni” Haikal Sudah menarik Aqilah ke dalam pelukannya.

“Maaf. Ila terlupa nak beritahu abang”

“Mana Hakim dengan Afiqah? Senyap je”

“Dua-dua ada kat rumah mama. Masing-masing tak nak ikut Ila balik. Riuh betul mulut anak kembar abang tu masa shopping tadi”, ujar Aqilah hampir terjerit apabila Haikal sudah mengangkat tubuhnya.

“Hmm...Umur Hakim dengan Afiqah dah empat tahun. Mana taknya becok bercakap. Ikut perangai siapa lagi kalau bukan sayang”, sakat Haikal lalu ketawa.

Aqilah memukul dada Haikal.

“Abang rasa, dah sampai masa Hakim dan Afiqah dapat adik. Sayang rasa macam mana?”, soal Haikal lalu membaringkan Aqilah di atas katil.

“Gatalnya”, ejek Aqilah menampar pipi suaminya dengan manja.

“Kalau abang gatal, garukan boleh?”

Mata Aqilah menjeling tajam. “Sayang tak puas hati tahu tak”

Haikal tenang berbaring di sebelah isterinya. “Apa lagi yang sayang tak puas hati? Pasal kerja? Bukan ke abang dah ambil balik jawatan tu” Ya, dia sudah mengambil semula jawatan di Johar Holding. Dalam masa yang sama, dia masih lagi memantau syarikatnya dari jauh.

“Bukan pasal jawatan tu. Pasal abang curi impian kedua Ila”, luah Aqilah tidak mahu berselindung lagi.

“Dah sayang dalam pantang masa tu. Abang tolonglah tunaikan”, tutur Haikal bersahaja.
           
“Kenapa Ana bocorkan rahsia tu?” Aqilah masih tidak berpuas hati.

“Mana ada Ana bocor. Abang yang dapat tahu sendiri”

“Maksud abang?” Aqilah bangun dari pembaringannya.

Haikal turut bangun. Lama dia memandang wajah Aqilah. “Ingat abang tak tahu ke, sayang ada cakap pasal impian sayang masa abang tidur dulu”

“Oh, abang tidur-tidur ayamlah masa tu?” Otaknya berputar ligat mengingati kisah dulu.

“Lebih kuranglah” Senyuman Haikal makin lebar.

“Eii, geramnya...”

“Daripada sayang geram pasal benda yang dah lepas, baik sayang geram tengok muka abang ni. Manalah tahu, sayang geram nak kiss abang ke, nak peluk abang ke...”, potong Haikal lalu ketawa besar.

“Tengok tu, gatal dia dah datang”

“Abang gatal dengan sayang je tau”, balas Haikal lantas menarik Aqilah ke dalam pelukan.

Aqilah turut membalas pelukan suaminya. Rindunya, cintanya dan sayangnya, hanyalah pada Haikal, Muhammad Hakim dan Nur Afiqah. Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan keluarga aku. Amin....





TAMAT

3 comments:

  1. :) nice citer sis

    ReplyDelete
  2. Terharu baca cite ni...hope sis wat sambngn benci tapi rindu 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis. Terima kasih sudi baca. Insyaallah :)

      Delete

Komen Anda Amatlah Saya Hargai. Salam Sayang Dari Saya, NIERASHIDA :)