May 12, 2016

TAK GUNA DIKENANG!

Wahai hati,
Tak perlu kenangkan lagi masa lalu,
Yang lalu hanyalah kenangan.

Sedangkan sekarang,
Kau berhak berlari jauh,
Sejauh mana yang kau rasa mampu!

Duhai hati,
Tak perlu kenangkan lagi masa lalu,
Yang lalu sepatutnya dijadikan pengajaran.

Dulu,
Mana pernah kau peduli apa itu BAHAGIA
Kenapa sekarang baru kau cari BAHAGIA?
Sebab, 
Aku hanyalah manusia biasa,
Inginkan BAHAGIA.
Sedangkan,
Aku lupa, kebahagiaan yang sebenar-benarnya
Adalah di AKHIRAT nanti

Kenapa aku luah di sini?
Bukan sepatutnya luah kepada Ilahi?

Aku luah di sini,
Supaya aku beringat.
Aku hanya manusia.
Tidak mungkin akan terjatuh untuk kali ke seterusnya.

Aku luah pada Ilahi,
Untuk aku dapatkan kekuatan.
Bukan mudah untuk kuat. Tapi, kena juga.


C.N.I Words:
"Pejam mata, Tanya pada diri"

Apr 26, 2016

PERNAH TAK KAU RASA? PERNAH TAK KAU FIKIR?

Pernah tak kau rasa,
Bila bangun dari tidur hati kau rasa kosong...

Pernah tak kau rasa,
Hidup kau tak happy sedangkan kau ada segala-galanya...

Pernah tak kau rasa,
Kalaulah kau boleh putarkan masa lalu...

Pernah tak kau rasa,
Hidup ini tidak pernah adil...

Pernah tak kau rasa,
Kenapa ini takdir yang kau lalui...


TAPI....
Pernah tak kau TER'FIKIR'


Pernah tak kau fikir,
Allah beri kau peluang untuk kau hidup di dunia ini.
Bukan untuk kau rasa kekosongan yang ada di saat kau terjaga.
Tapi, untuk kau bersyukur yang kau masih lagi diberi ruang
untuk menjalankan tugas sebagai seorang hamba kepadaNYA.

Pernah tak kau fikir,
Allah berikan segala-galanya kepada kau.
Tapi, kau tak gunakan segala nikmat yang Allah berikan.
Macam mana kau nak happy? Sedangkan kau tak pernah jalankan
perintahNYA dengan sempurna. Tidak cukup dengan kebahagian di dunia
yang kau dambakan. Sedangkan bahagia yang sebenar-benarnya
adalah di akhirat kelak.

Pernah tak kau fikir,
Masa yang lalu hanyalah sebagai kenangan dalam hidup kau.
Ya, kenangan yang perlu kau jadikan sebagai 'PERINGATAN' di masa hadapan kelak.
Bukan menyesal dengan takdir yang telah DIA tentukan!

Pernah tak kau fikir,
Perlu ke kau persoalkan apa yang telah terjadi dalam hidup kau?
Ini yang kau pilih, ini yang kau lalui,
Kenapa perlu salahkan "Hidup Ini Tidak Adil?"

Pernah tak kau fikir, 
Takdir itu indah. Anggaplah ia ujian dariNYA kepada hamba yang disayangi.


Aku hanya mengarang untuk aku KUAT. Untuk aku BANGKIT dari rasa KECEWA.
Manusia tidak lari dari mempersoalkan, KENAPA & MENGAPA.
Tapi, pesan pada hati,
"Ini takdir hidupku, Ini ujian hidupku. Aku kuat & Jangan Mengalah"


C.N.I Words:
"Pejam mata, Tanya pada diri"

Mar 13, 2015

Teruskan??...


Teruskan melangkah walaupun hati sakit,

Teruskan melangkah walaupun payah,

Teruskan melangkah walaupun hati tidak sekuat mana,

Teruskan melangkah biarpun masa lalu masih mengejar kita,

Teruskan melangkah kerana kita tidak tahu apa yang ada di depan,

Teruskan melangkah, jangan sesekali berhenti,

YAKIN pada TAKDIR, LAWAN dengan EGO sendiri,

BERSERAHLAH pada DIA :)



C.N.I Words:
"Pejam mata, Tanya pada diri"

Mar 6, 2015

Nak Kurus Tapi???

Assalamualaikum (beri salam dalam hati...hehehe)...teruja bila nak menaip. Pertama kali nak post bendalah macam ni....hehehe

...........................................................................

Dialog:

Ayat yang selalu aku sebut....

"Aku nak kurus..."

"Bila nak mula ni?"

"Aku rasa aku makin gemuk la"

"Korang rasa aku makin gemuk ke?"

"Korang rasa aku boleh kurus ke?"

...........................................................................

Hahhh...ni la ayat yang selalu aku guna. Aku rasa adik-adik aku dengan member aku semua dah jemu dengar ayat ni. Mana taknya, azam tu dari tahun bila entah. Sampai sekarang tak pernahnya nak kurus. Aku pun dah bosan sebenarnya asyik cakap benda yang sama. Tapi, tak kurus-kurus. hahahaha (gelak besar, dalam hati je tau). Mak aku lagi la siap cakap, "Mak dengaq hang dari dulu nak kuruih-kuruih (nak kurus), tapi tak jugak kuruih". Hahhh, my mom dah mula mukadimahnya. Tapi, bilanya nak kurus oiii C.N.I?

Aku pun dah letih jugak sebenarnya. Macam orang kedah cakap, "Cakap ja lebih, habuk pon tak dak". Kan dah keluar loghat utara. Siapa yang faham tu, faham la eak. Lau tak faham, C.N.I tak tau nak cakap apa...hehehehe.

Tapi, aku nak berterima kasih kat member-member aku yang banyak bagi semangat. Aku tak tau la diaorang jemu ke tak kalau aku asyik cakap benda yang sama....hahahaha.

Kesimpulannya, nak kurus bukan senang. Usaha, doa dan tawakal tu penting. Tapi, kalau asyik melantak je, tak guna juga. Kat sini, C.N.I nak kasi korang link untuk kuruskan badan secara sihat. Itu pun kalau korang nak la. C.N.I pun dah mula intai-intai ni. Manalah tahu, kita semua dapat hidup sihat, nak beramal ibadat pun senang. Tak adalah, masa nak rukuk dengan tahiyat akhir tu susah sangat (tuju pada diri sendiri sebenarnya). hehehehe....Pernah dengar tak ayat ni, "GEMUK BERTAHUN, MEMANG TAKLAH NAK KURUS SEHARI DUA".

Ni link dia : http://kevinzahri.com/
                    http://sususejat.com/


C.N.I Words:
"Pejam mata, Tanya pada diri"