bab 29 & 30

BAB 29

Suasana rumah mewah itu makin riuh dengan gelak tawa dan usik-mengusik.

“Betul mama, kalau Haikal tak nyanyi, jangan haraplah rajuk dia ni nak hilang”, cerita Haikal sudah ketawa besar.

“Amboi, dah tua-tua pun nak merajuk lagi ke?”, sampuk Mak Jah yang sibuk menghidangkan minum malam.

Muncung Aqilah makin panjang. “Eleh, dia tu kalau tengok cerita pun nak nangis. Hati mengalahkan orang perempuan saja”, bidas Aqilah tetap tidak mahu mengalah.

“Bergaduhlah kamu berdua ni. Papa dengan mama nk tengok siapa yang menang”, celah Datuk Johar lalu menghirup kopi panas dengan tenang.

“Malaslah nak layan. Baik Ila pergi kacau Mak Jah lagi bagus”, ujar Aqilah terus berlalu.

Makin lama dia di situ, makin sakit hati pula dia dengan perangai Haikal. Bencilah dia pada Haikal. Benci ke? Bukan rindu dan sayang ke? Hehehehe....

“Oittt....”, usik Aqilah lalu mencuit pinggang Mak Jah.

Seperti biasa. Apa yang tersimpan dalam hati, semuanya keluar dari mulut Mak Jah. Kualilah, pingganlah, mangkuklah. Maklumlah, selalu kerja di dapur. Sampaikan melatah pun sebut barangan dapur.

“Kamu ni Ila, tak boleh tengok Mak Jah senang sikit. Ada saja kerja kamu ni”, marah Mak Jah. Marah-marah sayang katakan. Dilihat saja Aqilah duduk bersila di sebelahnya.

“Ala, dengan siapa lagi Ila nak kacau kalau bukan dengan Mak Jah. Rajinnya Mak Jah lipat baju. Boleh Ila tolong?” Aqilah sudah memegang sehelai kain batik.

“Eh, tak payahlah. Ni kain Mak Jah. Biarlah Mak Jah yang lipat” Serba salah bermukim di dadanya. Takkan anak majikan lipat kainnya pula!

“Ala, biarlah. Bukan selalu tau Ila nak tolong ni” Aqilah tetap dengan perangai degilnya.

“Baik betul Ila. Bertuah Haikal dapat Ila”

“Hmm, tak payahlah sebut nama tu. Benci Ila”, marahnya masih tersimpan rasa tidak puas hati terhadap Haikal.

“Benci ke sayang? Tak pun rindu? Macam orang kata, bila jauh rindu. Bila malam, orang kita benci tu lah kita cari”, usik Mak Jah lalu ketawa.

Membuntang mata Aqilah mendengarnya. “Mak Jah ni, ada ke situ pula” Malu dia jadinya. Terbayang di ruang matanya, betapa malunya dia mengingati kejadian semalam. Terasa tidak mahu memandang langsung wajah suaminya ketika bangun dari tidur!

“Mak Jah tahu kamu sayangkan Haikal. Masa mula-mula kamu kahwin, Mak Jah tahu kamu benci dia”

Aqilah tersentak. Terpinga-pinga dia menjawab, “Macam mana Mak Jah tahu?”

“Mak Jah jaga kamu daripada kamu tu kecil lagi. Raut wajah kamu pun Mak Jah boleh tahu. Biasalah alam rumahtangga memang macam tu”

Spontan kepala Aqilah diangguk berkali-kali. “Mak Jah, Ila nak tanya sikit boleh tak?”

“Tanyalah. Kalau boleh jawab, Mak Jah jawab”, balas Mak Jah tekun melipat kain.

“Mak Jah pernah bercinta tak?”

“Mestilah pernah”, balas Mak Jah perlahan. Terkenang pula dia pada arwah suaminya. Sejak suaminya meninggal 10 tahun yang lalu, tidak pernah terlintas di hatinya untuk mencari pengganti. Pemergian suaminya membuatkan hidupnya terumbang-ambing. Namun, dia harus redha dengan semua ini.
  
“Mak Jah, maaflah kalau pertanyaan Ila membuatkan Mak Jah teringat arwah Pak Cik Hasan” Hati Aqilah resah.

Hanya senyuman yang lahir di bibir Mak Jah. “Ishk Ila ni. Mak Jah doakan rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Ila nak tanya apa tadi?”

“Macam ni, penting sangat ke cinta pertama dalam hidup seseorang?”

“Hmm, Mak Jah pun tak pasti. Tapi, Mak Jah dengan arwah pun cinta pertama juga”

“Oh...”

“Biasalah tu hidup berumahtangga. Ada pahit, ada manisnya juga. Kadang-kadang, kita tak semestinya akan hidup dengan cinta pertama. Ada orang yang bercinta sampai berjanji setia, tapi kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Macam Ila, kalau dah dapat sesuatu yang baik, janganlah tak hargai pula. Jangan sampai bila orang tu pergi dari hidup kita, barulah kita nak hargai. Masa tu, mungkin dah terlambat nak betulkan balik. Jadi, yang lepas tu biarlah lepas” Panjang lebar Mak Jah memberi pendapat.

“Wah, Mak Jah dah boleh jadi ahli falsafah cinta”, usik Aqilah lalu ketawa besar. Dia pantas menutup mulut. Kurang sopanlah pula nanti.

“Kamu ni, dah suruh Mak Jah bagi pendapat. Jadi, itulah pendapat Mak Jah. Pening Mak Jah dengan kamu ni”

“Tak apa. Biar pening dengan Ila je. Jangan pening dengan orang lain pula. Dah habis pun kain. Cepat tak Ila lipat?”

Mak Jah pula yang ketawa besar. Kelakar betul dia dengan perangai riang Aqilah. Dia berharap perangai itu akan kekal selama-lamanya dalam diri Aqilah.

“Okeylah Mak Jah, Ila nak masuk bilik dulu. Mata dah mengantuk sangat ni. Tata, Assalammualaikum”, ucap Aqilah bingkas bangun. Sebelum keluar, satu kucupan hinggap di pipi Mak Jah.

“Waalaikumussalam”, jawab Mak Jah beserta senyuman manis.

Aqilah bernyanyi-nyanyi kecil. Sebaik saja daun pintu dibuka, matanya tertancap pada satu susuk tubuh lelaki di atas katil. Siapa lagi kalau bukan Haikal. Aqilah terus melangkah masuk tanpa mempedulikan Haikal. Malu dan benci datang silih berganti.

Malu pabila mengingati kejadian yang berlaku semalam. Benci apabila Haikal asyik mengenakan dia di depan Datuk Johar dan Datin Sofea. Dia terus mengambil tuala lalu mengatur langkah ke bilik mandi. Dibiarkan saja Haikal yang sedang memandangnya.

Sebaik saja pintu bilik ditutup, Haikal sudah tersenyum lebar. “Merajuklah tu”, gumamnya perlahan.

Haikal memejamkan mata. Masih terasa kehangatan dakapan Aqilah pada malam semalam. Dia terus tersenyum. Mengingati kejadian ‘itu’ membuatkan hidupnya terasa cukup sempurna sebagai seorang suami.

“Tak ada kerjalah tu senyum seorang diri”

Haikal tersentak. Berterbangan semua khayalannya. Cepatnya dia mandi. Hati kecil Haikal berbicara sendirian.

“Anak biawak kena tembak,
 Awak mandi ke tidak?”
Haikal bertanya dengan pantun. Aqilah yang mendengar terus terangkat kening kanannya.

“Lepas tembak masak tempoyak,
 Ada nampak ke saya kacau hal awak?”

Balas Aqilah penuh sinis. Dia terus ke meja solek. Tangannya ligat mencalit krim malam pada wajah.

“Tempoyak tak habis, rezeki tong sampah,
 Takkan tanya pun tak boleh?”

Haikal tetap tidak mahu mengalah. Aqilah sudah tersenyum kecil. Dia membalas pandangan Haikal melalui cermin solek. Dalam otak, dia sedang mereka-reka pantun yang sesuai untuk dibalas.
“Malaslah  nak layan awak” Aqilah mengalah juga. Mati idea dia untuk membalas.

“Sayang ni, abang tanya pun nak marah. Semalam okey je”

Apabila Haikal mengungkit hal semalam, dia terus jadi malu. Dengan berlagak selamba, dia mengambil novel di rak bacaan lalu melabuhkan tubuh bersebelahan Haikal. Dia tidak mahu langsung memandang wajah Haikal. Perasaan malunya sudah tidak dapat ditahan. Kesimpulannya, dia mengambil langkah untuk berdiam diri dan berlagak tenang saja.

“Sayang ni, marahkan abang ke?”, soal Haikal turut bangun dan menyandar tubuh pada kepala katil.

“Syhh, orang nak baca ni. Pergi tidur”, halau Aqilah menutup rasa gugupnya.

“Marahkan abanglah tu. Kalau tak marah, kenapa tak nak pandang muka abang bila bercakap?”

Aqilah mengangkat bahu. Getar jantungnya makin bergetar hebat. “Janganlah kacau. Ila nak baca buku ni”

“Okey. Bacalah buku tu. Nite, assalammualaikum” Haikal diterpa rasa rajuk.

Aqilah terdiam. Liurnya ditelan berkali-kali. Tawar! Ya Allah, apa aku dah buat ni. Terasa dirinya berdosa sangat. Novel ditangannya terus diletakkan di atas meja kecil. Lalu, Aqilah mendapatkan Haikal yang membelakanginya.

“Merajuk ke?”, soal Aqilah lembut di telinga Haikal.

Haikal diam saja. Tidak berkutik langsung tubuhnya.

“Maafkan Ila” Bahu Haikal disentuh lembut.

“Tak payahlah. Orang dah ngantuk”, balas Haikal mahu menguji sejauh mana  kesabaran Aqilah dalam memujuknya.
  
Hati Aqilah makin sakit apabila perkataan ‘abang’ bertukar menjadi ‘orang’. “Maaflah kalau terasa hati dengan Ila. Nite, Waalaikumussalam”, ucap Aqilah lalu merebahkan diri. Dia pun tidur membelakangi Haikal. Namun, sebaik saja matanya mahu terpejam. Terasa ada tangan melingkari pinggangnya. Aqilah tersenyum lega. Dia terus mengalihkan posisi menghadap Haikal.

“Sayang abang”, bisik Aqilah perlahan. Sepasang mata Haikal dipandang penuh kasih.

“Abang lagi sayang”, bisik Haikal lantas mengucup dahi Aqilah.

Hidung Haikal dicuit manja. “Kejapnya abang merajuk”

“Abang lemahlah kalau sayang pujuk. Hati abang cepat cair”

“Yeke? Macam tak percaya je” Aqilah memejamkan matanya.

“Betullah. Tapi, kalau sayang merajuk, lagi susah nak pujuk. Kalau abang merajuk, kejap je baik”, seloroh Haikal lalu ketawa kecil.

“Yela tu. Ila rasa macam sama je”, ujar Aqilah menjuih bibirnya.

Pantas bibir Aqilah dikucup lama. Geram pula dia dengan gelagat Aqilah. Sebaik saja kucupannya terhenti, wajah monyok Aqilah dipandang lucu. Dua ulas bibir isterinya diusap lembut. “Marah ke?”, tanya Haikal dalam keadaan berbisik.

Muka Aqilah meruap merah. Perasaan yang bertandang kini sama seperti semalam. Dia jadi kaku untuk bersuara. Marahkah dia dengan perbuatan Haikal seketika tadi?

“Sayang, kenapa diam?” Haikal resah. Adakah dia terlalu memaksa?

Dengan perasaan malu yang masih lagi menebal, dia terus mengambil bantal lalu menekup mukanya. Haikal yang melihat sudah membuntang matanya. Ishk, takkan sampai macam tu sekali.

“Sayang, jangan main tutup-tutup muka pula. Sayang malu eak?” Dia cuba menarik bantal yang menekup muka isterinya. Akhirnya, berjaya juga. Wajah merah Aqilah ditatap lama. Comel!

Aqilah kian malu. “Jangan pandang Ila macam tu. Malulah”, getus Aqilah lalu menarik semula bantal di pegangan Haikal. Namun, usahanya hanya sia-sia. Perbuatannya terhenti apabila tubuh Haikal makin menghimpit tubuhnya.

Wajah Haikal makin mendekati wajahnya. Tubuhnya sudah terasa panas. Debaran di dadanya kian kencang. Sepantas itu juga Aqilah memejam matanya apabila Haikal sudah mengusai dirinya.




BAB 30

Suzana termenung jauh. Masalah yang melanda dirinya kini makin rumit. Bagaikan hendak pecah kepala dia memikirkan masalah sendiri. Ingatannya terus melayang pada kata-kata Aqilah.

‘Nak ke kau halang sedangkan kau hadir dalam hidup dia sebagai insan kedua? Kalau kau di tempat aku, adakah kau akan fikir macam aku fikir?’

Suzana memicit-micit kepalanya yang makin kusut dan pening. Kata-kata Aqilah ada juga betulnya. Sedangkan dia, biarlah cinta itu dipertahankan. Walaupun dia adalah insan kedua yang hadir dalam hidup lelaki itu. Lamunannya terhenti tatkala telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Tertera nama Aqilah pada skrin telefon.

“Assalammualaikum”, ucap Suzana tenang.

“Waalaikumussalam. Kau kat mana ni?”

“Aku kat rumahlah. Kau?”

“Kat kampung Haikal. Baru saja sampai”

“Oh, aku ni baru je teringatkan kau. Tup-tup, kau telefon. Macam tahu-tahu saja. Bila kau bertolak dari sini?”

“Yeke kau ingatkan aku? Macam tak percaya je. Lepas je subuh, aku dah keluar. Alhamdulillah dah sampai pun. Kat sini macam mendung nak hujan. Kat sana hujan tak?” Aqilah menjengul kepalanya keluar tingkap. Pemandangan sawah padi lebih berjaya menarik minatnya.

“Ikut kaulah Puan Aqilah sama ada nak percaya atau tak. Kat sini macam biasalah. Panas terik. Bagus juga kau dengan Haikal bercuti. Sekurang-kurangnya, kau makin dekat dengan dia”

Senyuman Aqilah makin lebar. “Harap-harap macam tu la. Aku pun ingat nak fokus pada Haikal. Aku nak dia tahu yang aku sayangkan dia sangat-sangat. Walaupun dia ibarat cinta sesaat aku, tapi aku bahagia bila di sisi aku”, ujar Aqilah sudah dibanyangi angau.

“Amboi, kawan aku ni dah angau nampaknya”

“Mana ada. Aku cuma cakap apa yang ada dalam hati ni. Kau dah makan belum?”

Suzana tersenyum. Sikap prihatin Aqilah memang tidak pernah berubah. Aqilah adalah satu-satunya kawan yang setia di sisi saat susah mahupun senang.

“Dah, pagi tadi”

“Pagi tadi? Oitt, kau gila ke apa? Dah petang macam ni kau tak makan tengah hari langsung? Biar betul Ana? Kau diet pun agak-agaklah. Kau tu dah kurus. Nanti tinggal tulang pula” Aqilah mula membebel. Hehehe...Ingat dia tak tahu berleter ke?

“Aku tak lapar. Aku kenyang lagi ni” Sememangnya Suzana tidak lalu makan. Masalahnya begitu sulit sekali untuk diselesaikan.

“Kenapa kau tak mahu kongsi masalah dengan aku? Kenapa kau anggap aku macam orang luar? Aku kan kawan kau” Aqilah terasa hati.

“Aku okey Ila. Kau janganlah risau pasal aku. Masalah kecil je ni”

“Kenapa kau cakap macam tu? Kalau betul tu masalah kecil, kenapa kau tak makan? Aku jamin, ni mesti masalah besar”

Suzana tersenyum hambar. “Masalah ni taklah sebesar mana pun. Aku boleh selesai sendiri. Kau tu, jaga Haikal baik-baik” Sempat lagi dia berpesan pada Aqilah.

“Aku pula yang kena. Kau tak payah nak risau aku kat sini. Kau tu, ada masalah tak mahu share dengan aku. Kalau aku boleh bagi pendapat apa salahnya”

“Benda kecil je. Penat aku nak beritahu kau. Masalah ni kecil. Tak perlukan pertolongan daripada orang pun. Jadi, bila kau nak balik sini?”

“Hmm, nampak sangat nak tukar topik. Aku balik dalam empat hari lagi kot. Tengoklah macam mana nanti”

“Kalau kau balik, kita jumpa eak”

“Yela, memang kita selalu jumpa pun. Kau tu, kalau aku tak ada memang tak boleh hidup”, usik Aqilah lalu tawanya berderai.

“Eleh, tak hingin aku. Kau tak ada pun aku boleh hidup juga”

“Yela Cik Ana oii. Aku nak out dulu. Kau nak kirim apa-apa tak kat sini? Nanti aku bawa balik pokok padi kat kau. Hahahaha”

“Cis, tak guna punya kawan”

“Aku gurau sajalah. Okeylah, nanti kita jumpa. Jaga diri tau. Aku sayang kau sangat-sangat. Pastikan masalah kau dah settle bila aku balik nanti”

“Okey beb. Sampaikan salam aku pada keluarga mentua kau. Assalammualaikum”, ucap Suzana lalu memutuskan talian apabila salamnya dijawab oleh Aqilah.

Dia termenung panjang lagi. Bahagianya dia dengan sahabat baiknya itu. Haikal memang sesuai dengan Aqilah. Mereka berdua diibaratkan seperti pinang dibelah dua. Sangat serasi dan secocok. Suzana memejam mata serapat yang mungkin. Masalah yang baru saja hilang, sudah datang menyerang otaknya lagi. Dia buntu. Seperti tiada cara mahupun ruang untuk selesaikannya. Akhirnya, dia pasrah dan berdoa....


 *****

“UMI, kenalkan. Ini Zurina”

“Oh, inilah si gadis manis yang dalam gambar tu?" Idham tenang mengiakan.

“Assalammualaikum auntie..”

“Panggil umi”, cantas Puan Sarimah laju.

“Assalammualaikum umi”, ucap Zurina teragak-agak menyebut panggilan itu. Lambat-lambat tangan wanita yang hampir mencecah 50an itu dikucup penuh rasa hormat.

“Waalaikumussalam. Marilah masuk”, pelawa Puan Sarimah menarik tangan Zurina dengan lembut.

“Duduklah kejap. Umi pergi buat air dulu”

“Eh, tak perlu susah-susah...”

“Tak ada susah mana pun. kejap ya” Puan Sarimah berlalu ke dapur.

“Awak, saya pergi tolong umi kejap tau”, ujar Zurina pada Idham.

Seperti biasa, Idham hanya mengangguk sambil tersenyum. Langkah Zurina dihantar dengan pandangan mata. Hatinya tenang dan gembira apabila melihat tubuh Zurina yang dibaluti baju kurung moden. Beginilah rasanya saat pertama kali melihat Zurina pada mula-mula dahulu.

Sememangnya orang yang bernama Zurina ini seorang yang lembut dan menghormati orang tua. Cuma, silapnya saja yang membuatkan sifatnya yang lembut itu bertukar menjadi angkuh dan sombong. Dia berharap satu hari nanti, seluruh jiwa Zurina pasti ditakluki. Andai kata dia tidak berkesempatan, hanya doa yang mampu dia minta supaya Allah menjodohkan Zurina dengan seorang lelaki yang mencintai diri gadis itu sepenuh hati.

“Jauh termenung?”, sergah Puan Sarimah pada anak tunggalnya.

“Id memang macam tu umi. Kalau termenung, bukannya sedar orang kat sekeliling dia”, sambung Zurina seakan-akan menyokong Puan Sarimah.

“Huh, mana ada. Id bukan termenung. Cuma...”

“Kalau ada cuma tu, bermakna dia bohonglah tu”, potong Puan Sarimah lalu ketawa kecil. “Jemputlah minum”

Zurina sekadar mengangguk. “Umi dengan Id saja ke yang tinggal dalam rumah ni?”

“Aaahh...Kami berdua saja”, celah Idham sambil menikmati teh o panas.

“Kenapa Zu?”, tanya Puan Sarimah tenang. Suka benar dia melihat wajah Zurina.

“Tak ada apa-apa. Kenapa tak ambil pembantu rumah. Sekurang-kurang, kalau Id pergi kerja, tak adalah umi bosan. Ada juga orang yang boleh dijadikan teman untuk berborak” Zurina mengeluarkan pendapatnya. Hatinya jatuh kasihan melihat Puan Sarimah. Buatnya apa-apa yang berlaku nanti, siapalah yang akan membantu Puan Sarimah? Sudahlah Idham sering kali tiada di rumah.

Hati Puan Sarimah terusik dengan sikap prihatin Zurina terhadapnya. “Tak apalah Zu. Rumah ni pun, bukannya umi yang selalu kemas. Kalau hari cuti, Id yang buat semua ni"

“Biar betul?” Terbeliak mata Zurina. Kali ini, pandangannya jatuh pada Idham yang sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Kenapa? Tak percaya ke? Id pun pandai buat kerja rumah tau. Kalau Zu kahwin dengan Id, Zu hanya goyang kaki saja. Id yang buatkan semua”, seloroh Idham lalu ketawa kecil.

Wajah Zurina merona merah. Tidak disangka Idham berani mengeluarkan kata-kata sebegitu di hadapan Puan Sarimah. Malunya!

“Sudah, jangan dilayan sangat si Id ni. Nanti, menyakitkan hati pula. Zu tinggal dengan siapa?”

“Zu tinggal seorang. Sebab....”

“Tak apa. Id dah ceritakan segala-galanya” Puan Sarimah menggenggam tangan Zurina.

Hati Zurina mula sayu. Ingatannya terus terkenangkan wajah arwah emak dan abahnya. Ya Allah, tempatkanlah mereka dikalangan orang yang beriman. Amin....

“Zu, jangan sedih-sedih. Umi ada kat sini. Kalau Zu nak datang, bila-bila masa pun boleh. Rumah ni sentiasa terbuka untuk Zu”, pujuk Puan Sarimah penuh keibuan.

“Terima kasih umi”, ucapnya seraya memeluk Puan Sarimah. 

Idham turut sayu melihat keadaan Zurina. Ternyata Zurina perlukan seseorang di sisi. Andai ditakdirkan Zurina bukan untuk dirinya, dia berharap Zurina dapat menerima kasih seorang ibu. Walaupun Puan Sarimah bukan ibu kandung sebenar Zurina. Ya Allah, kembalikanlah  diri Zurina seperti dahulu. Berikanlah dia petunjukMU. Hati kecil Idham memohon doa. Dia yakin doanya akan dimakbul satu hari nanti. Amin...


 *****


MALAM makin larut. Haikal tidak dapat melelapkan matanya walaupun dipaksa berulang kali. Lenanya terbantut tanpa isteri tercinta di sisi.

“Ila, bila nak balik ni? Lama lagi ke kat sana?”, desah Haikal seorang diri.

Dia bingkas bangun. Langkah kakinya laju menuju ke arah ruang tamu. Sebaik saja tingkap dibuka, angin malam menyapa lembut tubuhnya. Langit kelihatan gelap. Tiada bintang mahupun bulan yang menghiasi langit. Barangkali hujun akan turun lagi.

Haikal resah menanti. Sesungguhnya, penantian adalah satu penyeksaan. Kalau beginilah dia rasakan, boleh angau jadinya. Ila ni, kalau ya pun dah seronok jumpa Liya, janganlah balik lewat sangat. Hati kecilnya dirundung resah. Sesekali dia mengerling jam di dinding. Sudah pukul 10.00 malam. Sedangkan, baru setengah jam Aqilah, Hajah Rosiah dan Aisyah pergi ke rumah Mak Ita. Baginya, setengah jam pun lama! Haikal, Haikal, dah angau teruk ni!

Haikal mengatur langkah ke bilik tidur semula. Langkahnya dibuka seluas yang mungkin. Dia ada satu idea. Hehehehe....Tubuhnya direbahkan ke katil sambil menaip sesuatu di telefon bimbit.

Haikal: Sayang, bila nak balik ni?

Aqilah: Assalamumalaikum lah sayang oiii

Haikal: Waalaikumussalam. Dia malu sebenarnya. Rindukan isteri hinggakan lupa                               untuk memberi salam.

Aqilah: Kenapa mesej?

Haikal: Abang rindu sayang....

Aqilah: Dah tu? Nak buat macam mana??

Haikal menepuk dahinya sendiri. Terasa lucu pula isterinya saat ini. Soalan Aqilah membuatkan dia ketawa seorang diri.

Haikal: Bila sayang nak balik?

Aqilah: Dalam pukul 11 boleh? Tak puaslah nak berborak dengan Mak Ita & Liya....

Haikal: Lamanya sayang....Macam mana ni, abang rindu... 

Aqilah: Hehehehe...Itulah, Ila ajak ikut tak nak...werkkzzzz

Haikal: Sayang jelirlah lidah macam tu. Abang gigit karang baru tau...

Aqilah: Eleh...Nyampah!!

Haikal: Janganlah menyampah sayang. Nanti sayang juga yang rindu abang

Aqilah: Tak kuasalah nak rindukan dia...Uweerrrkk

Haikal ketawa kecil. Perangai Aqilah tidak ubah seperti budak-budak. Bila difikirkan balik, masalahnya terus hilang apabila melayan perangai Aqilah. Itulah yang dia rasakan selama menjadi suami kepada Aqilah. Haikal tidak membalas mesej seterusnya. Dia mahu Aqilah resah menanti mesej darinya. Sengaja mahu menguji Aqilah.

Namun, tidak lama kemudian, telefonnya berbunyi menandakan sms masuk. Pantas ibu jari Haikal menekan butang ‘Show’. Bibirnya terus tersenyum mekar. Isterinya menghantar mms mukanya kepada Haikal. Siap tulis lagi ‘Miss u, sayang...’ Haikal tidak membalas. Dia melekapkan telefon itu di dadanya. Miss you too. Balas Haikal dalam hati.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Amatlah Saya Hargai. Salam Sayang Dari Saya, NIERASHIDA :)