bab 19 & 20

BAB 19

“Ya Allah, Ana!”, jerit Aqilah hampir melompat di situ juga. Kalau tidak difikirkan perasaan malu, sudah lama dia melompat. Silap hari bulan, boleh berjoget-joget lagi. Ishk, sempat lagi otaknya merapu.

“Ya Cik Aqilah oii. Opss, lupalah. Bukan cik, tapi puanlah. Hehehehe, rindu aku kat kau”

“Alololo, aku pun”, balas Aqilah terus memeluk sahabat baiknya. Pelukannya makin erat. Seolah-olah tidak mahu berpisah lagi!

“Rindu kau sangat-sangat”, luah Suzana untuk kesekian kalinya. Hampir tumpah air matanya.

“Kau nangis ke?”, soal Aqilah lalu merenggangkan pelukan.

Suzana pantas menggeleng. Namun, dia tidak dapat menipu Aqilah apabila air jernih menitis juga. Aqilah turut sayu. Laju saja dia menyeka air mata yang menitis di pipi Suzana. Dia tidak hiraukan lagi pelanggan yang sesekali mencuri pandang ke arah mereka.

“Ehem” Satu suara garau berdehem.

Aqilah tersentak. Ya Allah, dia terlupa pula ada hamba Allah yang sedang melihat drama ‘Jejak Kasih’! Aqilah sudah tersengih-sengih.

“Ana, kenalkan. Ini Haikal. Suami aku”, bisik Aqilah di telinga Suzana.

“Oh, not bad”, balas Suzana dengan mata membulat besar. Memang handsome!

Menjegil mata Aqilah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Suzana. Rasa mahu dicubit-cubit saja mulut Suzana. “Abang, kenalkan, ini Suzana. Kawan baik Ila” Aqilah memperkenalkan Suzana kepada suaminya pula.

“Eh, duduklah”, pelawa Haikal cuba beramah.

“Eh, boleh-boleh. Encik Haikal dengan Puan Aqilah nak belanja ke? Kalau nak belanja, saya lagi suka”, seloroh Suzana lalu ketawa kecil.

Aqilah sudah mencekak pinggang dengan matanya membulat besar. Haikal sekadar tersenyum. Patutlah boleh jadi kawan. Rupa-rupanya, perangai sama je macam Ila. Macam-macam hal! “Boleh je, apa salahnya”, balas Haikal ikhlas.

“Tak apalah. Saya gurau je. Saya pun baru lepas makan tadi. Duduklah Puan Qil. Eh, lupa lagi. Sorry, Puan Aqilah atau Ila” Suzana ketawa lagi. Mereka sudah pun mengambil tempat duduk masing-masing.

Wajah Aqilah masam mencuka. “Kau ni, tak perlulah panggil aku macam tu. Aku tengah merajuk ni” Suara Aqilah makin keruh.

“Lorh, kenapa pula dengan kawan aku ni? Cuba habaq sikit kat cek. Nak dengaq gak” Suzana cuba berjenaka dalam loghat Kedah.

Haikal sudah menahan tawanya. Rasa nak berbulu telinganya mendengar loghat utara yang dituturkan oleh sahabat isterinya itu. Tak sedap langsung!

“Ila, abang ada kerja kena uruskan. Kalau Ila nak keluar dengan Suzana, abang izinkan. Nanti, kalau nak balik, call abang tau”, ujar Haikal sudah berdiri.

Mata Aqilah seakan bersinar sebaik saja Haikal memberi keizinan untuk keluar dengan Suzana. tidak sangka Haikal dapat membaca apa yang terbuku dalam hatinya. Sayang abang! Hmm…Hai Ila, dah pandai berkata sayang nampak. Hehehehe….

“Betul ke abang?” Aqilah inginkan kepastian lagi sekali.

“Ishk, apalah kau ni. Betullah tu laki kau bagi green light”, celah Suzana mahu menyakat Aqilah.

Aqilah mencebik. “Okey, nanti kalau nak balik, Ila call eak”, sahut Aqilah dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

“Okey, take care sayang. Assalammualaikum” Sebaik saja salamnya dijawab, Haikal terus melangkah pergi dengan hati yang berbunga. Ya, berbunga kerana isterinya memanggilnya ‘abang’. Lembut sekali nadanya. Kalau boleh, dia mahu perkataan itu selalu meniti pada bibir Aqilah.

“Wahh, dia panggil kau sayang. Hai Ila, dah jatuh cinta ke?”, usik Suzana dengan senyuman nakal terlakar di bibir.

“Kau ni, teruklah” Laju saja lengan Suzana dicubitnya.

“Oii, sakitlah”, marah Suzana lantas mengusap lengannya yang tampak merah. Perit nak mampus!

Aqilah mengangkat kedua-dua ibu jarinya. “Padan muka. Kau jangan tak tau, aku ni ratu segala ketam. Sakit ke? Kasihannya aku kat kau eak”, tukas Aqilah sudah ketawa besar. Pantas mulutnya ditekup dengan tangan. Malulah pula kalau orang tengok. Tak pasal-pasal dicop SEWEL!

“Kau ni, dah jadi bini orang pun tak ubah-ubah perangai tu. Cubalah kau insaf sikit Ila oiii”, tegur Suzana mula serius. Kali ini, matanya merenung lama wajah Aqilah yang sudah merah umpama cili. Jujur dia akui, Aqilah makin cantik. Cara pemakaiannya pula nampak matang. Mungkin Haikal sudah merubahnya menjadi seorang perempuan yang sopan dan matang!

“Kau makin cantik sekarang”, puji Suzana secara tidak langsung. “Kau nampak makin matang. Pakaian kau pun dah tak menjolok mata”, sambung Suzana lagi.

Aqilah yang mendengar sekadar menggeleng kepala. “Itu apa yang kau nampak dari luaran. Kau tak tengok dari dalaman lagi. Aku…”

“Kenapa Ila? Kau tak rasa bertuah ke memiliki suami yang sekacak dan sebaik Haikal?”, cantas Suzana dengan pertanyaan. Matanya terus-terusan merenung wajah Aqilah yang semakin sayu.

“Mana kau tahu dia baik? Kau dah kenal ke hati budi dia Ana?”, soal Aqilah dengan kening terangkat sebelah. Tidak sangka terlalu cepat andaian Suzana terhadap Haikal!

“Aku faham Ila. Walaupun aku tak kenal Haikal, tapi aku nampak sinar  keikhlasan di matanya. Rugi Ila kalau kau tak mahu kenal hati budi dia. Pandangan aku untuk pertama kali pandang muka laki kau, aku dapat rasakan dia adalah orang yang sesuai dengan kau”, tutur Suzana penuh yakin. Ya, dia mahu menyakinkan Aqilah. Haikal memang lelaki yang layak untuk Aqilah. Bukannya Saiful mahupun mana-mana lelaki sekalipun!

Aqilah menggeleng kepala berkali-kali. Dia mengeluh nafas panjang. “Kau tak faham perasaan aku, Ana. Aku tak boleh lupakan…”

“Tak boleh lupakan Saiful? Macam tu?” Suzana memotong kata-kata Aqilah sekali lagi. Dia turut menghela nafas panjang.

 “Aku faham perasaan kau Ila. Tapi, sampai bila kau nak tunggu Saiful? Entah-entah dia dah ada perempuan lain kat sana. Kita tak tahu hati budi manusia. selagi kau tak paksa perasaan kau terima Haikal, selagi itulah kau tak akan lupakan Saiful. Ingatlah Ila, yang lepas tu lepaslah. Kau kena kuat! Aku yakin kau boleh” Suzana cuba memberi kata-kata pembakar semangat.

Aqilah diam. Wajahnya ditunduk ke bawah. Memang benar apa yang dikatakan oleh Suzana. Namun, bukan dia tidak mahu mencuba. Dia nak sangat. Tapi…Ah, banyak sangat tapi yang bermain dalam fikirannya! Aqilah, Aqilah….

“Sudahlah. Kita buka topik lain boleh? Bosanlah asyik dengar kau membebel je”, protes Aqilah dalam gurauan.

Membuntang mata Suzana mendengarnya. “Aku nak nasihatkan kau je. Sebelum terlambat dan sebelum kau menyesal”, balas Suzana tidak puas hati apabila Aqilah bergurau dengan cara sebegitu. Dia bukan main-main, dia serius!

“Okey Cik Suzana. Aku faham. Yang kau tiba-tiba ada kat sini kenapa? Email aku pun jarang  kau nak balas. Tau tak, aku menunggu kepulangan kau dengan….”

“Tunggu kepulangan aku dengan Saiful? Macam tu? Please lah Ila. Jangan terlalu mengharapkan Saiful. Aku minta maaf sebab tak sempat balas email kau. Aku terlalu sibuk. Sekarang, aku dah habis belajar. Aku sentiasa ada di sisi kau sekarang. Memang aku dah ada di Malaysia selama 3 hari. Ingatkan nak buat kejutan kat kau dalam hujung minggu ni. Tapi, masa jalan-jalan tadi, aku terserempak dengan kau. Manalah nak tahan rindu ni. Ala, tak payahlah nak merajuk. Aku sayang kau sangat-sangat. Kaulah kawan baik aku”, kata Suzana lalu tersenyum lebar. Tangan Aqilah dicapai dan digenggam erat.

Makin muncung bibir Aqilah. “Aku dah maafkan. Tapi, boleh tak kau ubah perangai kau tu? Dari dulu sampai sekarang asyik nak potong cakap orang saja. Bagilah aku cakap habis dulu. Ini tak, main bedal je”, bebel Aqilah dengan berbakul-bakul geram terkandung dalam hatinya.

Eh, aku pulak yang kena? Nasib kaulah Ana…Suzana sekadar tersenyum lalu meletus juga tawa dua sahabat itu.


*****


AQILAH terasa dirinya seakan terbuai-buai. Mana tidaknya, Haikal sentiasa menggetarkan nalurinya. Seakan-akan dirinya berharga di mata lelaki itu. Sesekali terdengar juga staff yang memuji sikap Haikal. Makin berkembanglah  hati Aqilah apabila mendengar pujian seperti itu. Makin berbunga hatinya apabila bertemu semula dengan sahabat baik. Siapa lagi kalau bukan Suzana!

Ini baru hari pertama dia bekerja. Belum lagi masuk hari kedua, ketiga dan seterusnya. Kalaulah perangai Haikal makin positif pada dirinya, boleh jatuh hati pula gamaknya. Aduh, macam mana ni? Takkan laki sendiri pun aku tak nak? Otaknya mengimbas kembali perbualannya dengan Suzana.

‘….Lagi kau tak paksa perasaan kau terima Haikal, selagi itulah kau takkan lupakan Saiful….’

“Berangan apa?”, sergah Haikal tetap fokus pada pemanduannya. Raut wajahnya sentiasa tenang.

Aqilah tersentak. Baru sedar bahawa dirinya bukan lagi di tempat kerja ataupun berada dengan Suzana. Kini, dia berada di dalam kereta. Dengan Haikal. Suaminya!

“Penat ke?”, soal Haikal perlahan. Senyumannya tetap mekar buat isteri tercinta. Sudah jatuh cinta nampaknya!

Aqilah tersenyum kecil. “Tak adalah. Biasa je. Rasa macam sekejap je masa berlalu kan?”

Terangkat kening Haikal mendengarnya. “Betul ke? Jadi, memang seronoklah kerja dengan saya?” Haikal ingin tahu. Memang hatinya ingin sangat tahu. Jika benar Aqilah suka bekerja, dia mahu Aqilah sentiasa ada di depan mata.

“Hmm, best. Tak ada kerja kosong lagi ke? Nanti, kalau setiausaha awak dah habis cuti, saya boleh juga kerja dengan awak. Lagi satu, saya seronok sebab dapat jumpa Ana. Rindu betul saya kat dia”, ujar Aqilah dengan wajahnya jelas gembira.

Makin lebar senyuman Haikal. Yes, dia nak kerja juga! Desis hati kecil Haikal melonjak kegembiraan. Bunga-bunga cinta mula berputik dalam hatinya.

Aqilah yang melihat senyuman itu, makin berkerut dahinya. Entah apa yang ada dalam fikiran suaminya tika ini, dia pun tidak tahu. Tapi, dia suka lihat senyuman yang terhias di bibir Haikal. Kacak!

“Insyaallah. Saya akan cuba cari kekosongan untuk awak”, ujar Haikal pura-pura tenang. Padahal, hatinya sudah berbunga indah.

“Terima kasih awak”, ucap Aqilah seraya membalas senyuman Haikal.

“Awak…”, panggil Haikal perlahan.

“Ya?”, sahut Aqilah laju.

“Sampai bila kita nak hidup macam ni?”

“Maksud awak?” Aqilah tidak mengerti.

Haikal mengeluh. “Saya dah fikir masak-masak”, ujar Haikal tenang. Nafasnya dihela perlahan-lahan. Sedaya upaya mengumpul kekuatan untuk meluahkannya. Dia tidak mahu menyeksa hati lagi. Biarlah segala-galanya diluahkan.

Aqilah mengangkat keningnya. Dadanya turut berkocak hebat. Dia diam saja. Mahu menunggu kata-kata seterusnya. Namun, dia makin terkedu apabila Haikal menggenggam sebelah tangannya dengan erat. Terasa seperti ada satu aliran elektrik yang mengalir dalam tubuhnya.

“Saya nak kita hidup sebagai suami isteri yang sebenar-benarnya”, luah Haikal tetap tenang.

Erkk, suami isteri sebenar? Biar betul laki aku ni? Hati Aqilah bersoal sendirian.

Haikal mengangguk berkali-kali. “Saya nak awak, Ila. Saya tahu, mesti awak kata saya gila. Saya dah tak kisah apa yang awak nak cakap”, ujar Haikal lalu ketawa kecil. Ya, ketawa dapat mengurangkan rasa gugupnya.

Ya Allah, tenangnya aku dengar dia ketawa. Hati Aqilah bergetar dengan hebatnya. Dia jadi kaku. Kata-kata Haikal begitu serius pada pendengarannya walaupun Haikal ketawa!

“Tapi…”

“Saya nak mulakan hidup baru dengan awak”, potong Haikal menguatkan lagi genggaman tangannya pada Aqilah.

Erkk…Macam mana ni? Aqilah menggelabah.

“Habis tu…macam ma..mana dengan…Zu…Zurina?” Tergagap-gagap Aqilah bertanya.

Bibir Haikal masih lagi tersenyum manis. “Dia adalah kenangan saya. Cinta saya padanya hanya tinggal sejarah”, ucap Haikal begitu yakin.

Arghh, lelaki. Semua sama. Semuanya sejarah! Habis tu, kenapa masih lagi letak ‘cintaku’? Macam ni ke lelaki eak? Menyampah! Marah Aqilah menerpa dalam dirinya.

“Betul Ila, saya dengan dia dah tak ada apa-apa. Tak ada lagi ‘cintaku’ dalam list phone saya. Hanya perkataan ‘My Wife’ yang ada dalam list saya. Diri saya pun tak tahu macam mana saya boleh kalah dengan awak. Saya pun tak faham dengan hati saya. Apa yang saya tahu, awak adalah jodoh saya. Hanya awak yang ada dalam hati saya. Setiap saat, minit, masa, fikiran saya tidak terlepas daripada memikirkan awak. Percayalah, saya hanya mahukan awak dalam hidup saya”, akui Haikal dengan bersungguh-sungguh.

Aqilah menelan liur bekali-kali. Haikal tahu apa yang bermain di fikiran aku? Dia kehilangan kata. Hatinya seakan disimbah air sejuk.

“Saya tahu awak tak sukakan perkahwinan ni. Saya akan tunggu awak. Sampai pintu hati awak terbuka untuk terima saya sebagai seorang suami”, sambung Haikal lagi.

Aqilah terus-terusan diam. Memang dia tidak suka akan perkahwinan ini. Memang dia benci pada Haikal. Tapi, dalam benci, terselit juga rasa rindu dan kasihnya. Cuma, hatinya saja inginkan kepastian. Kepastian tentang hubungannya dengan Saiful!
“Tak menyesal ke awak tunggu saya?”

Haikal menggeleng kepala. “Abang akan tunggu Ila. Sampai Ila terima abang”, ucap Haikal dengan muktamad.

Gulpp…Aqilah menelan liur. Abang? Oh, tidak! Dia dah mula guna abang.

“Abang nak hadiahkan lagu ni kat Ila. Abang harap Ila akan faham isi hati abang”, ujar Haikal lantas memasangkan lagu ‘If You’re Not The One’ yang dinyanyikan oleh Daniel Bedingfield.

If you’re not the one, then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one, then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine, then why does your heart return my call?
If you you are not mine, would I have the strength to stand at all?

I never know what the future brings,
But I know you’re here with me now,
We’ll make it through and I hope,
You are the one I share my life with...

I don’t wanna run away but I can’t take it, I don’t understand
If I’m not made for you, then why does my heart tell me that I am?
Is there anyway that I can stay in your arms?

If I don’t need you, then why am I crying on my bed?
If I don’t need you, then why does your name resound in my head?
If you’re not for me, then why does this distance name my life?
If you’re not for me, then why do I dream of you as my wife?

I don’t know why you’re so far away,
But I know that this much is true,
We’ll make it through and I hope,
You are the one I share my life with,
And I wish that you could be the one I die with,
And I pray that you’re the one I build my home with,
I hope I love you all my life...

Cause I miss you body and soul so strong,
That it takes my breath away,
And I breath you into my heart,
And I pray for the strength to stand today,
‘Cause I love you whether it’s wrong or right,
And though I can’t be with you tonight,
And though my heart is by your side...

Aqilah terkedu. Biar betul suami aku ni? Lirik ini amat bermakna sekali. Dia sendiri teruja apabila Haikal sudi menghadiahkan lagu ini kepadanya!

“Abang mula sayangkan Ila”, ucap Haikal setelah lama membisu. Lantas dia mengucup tangan Aqilah.

“Awak, saya tak bersedia..” Aqilah gugup. Tidak pernah dia melihat Haikal bersikap sebegini. Sungguh, hatinya tidak keruan.

“Syhh, abang tak paksa. Ambillah berapa banyak masa yang Ila nak. Abang akan tunggu. Sekurang-kurangnya, tak ada lagi bebanan yang abang tanggung” Haikal cuba bertenang. Dalam hatinya malu tidak terkira lagi.

“Berilah saya masa dan ruang untuk fikirkan”, tutur Aqilah perlahan. Dia sudah berperang dengan perasaan sendiri!


BAB 20

Hembusan angin malam seakan mendamaikan jiwanya. Seketika dia memejamkan mata. Nafas ditarik perlahan-lahan dan dihembus dengan tenang. Lagaknya seolah-olah mahu menikmati ketenangan selagi dia masih bernafas. Bibirnya yang merah itu mengukir senyuman manis. Lantas, ketenangan yang dirasainya telah diragut oleh sebaris ayat.

‘Abang mula sayangkan Ila’ Ya, ayat yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

Aqilah tersenyum lagi. Teringat sewaktu Haikal menuturkan sebaris ayat itu. Jantungnya bagaikan mahu luruh. Getaran di dadanya berdetak hebat. Dia tidak tahu apa yang bermukim di hatinya sekarang. Sedih? Ya, mungkin dia sedih kerana tidak dapat membalas cinta Haikal. Gembira? Ya, hatinya melonjak gembira apabila Haikal mencintainya.

Tapi….Teringin juga dia bertanya, sejak bila bermulanya sayang suaminya itu pada dirinya. Adakah sebab terpaksa? Adakah kerana Haikal ingin menjalankan tanggunggjawab sebagai seorang suami dalam erti kata sebenar? Atau, adakah dirinya sendiri yang berjaya meneroka seluruh ruang di hati lelaki itu? Pelbagai persoalan yang bermain di mindanya.

Aqilah mengeluh. “Haikal, Haikal, dan Haikal…” Dalam tidak sedar nama Haikal meniti di bibirnya.

“Ya, sayang panggil abang ke?”

Aqilah terkejut beruk. Beruk pun tak terkejut sepertinya. Bila masa dia masuk? Aqilah malu sendiri. Mukanya yang putih itu sudah berubah warna kemerah-merahan.

“Abang dengar tadi, sayang asyik sebut nama abang je. Dah jatuh cinta kat abang ke?” Haikal mengusik Aqilah. Suka benar dia melihat Aqilah tersipu-sipu malu.

Aqilah yang mendengar terus membuntang mata. “Bila masa saya jatuh cinta kat awak? Eleh, dia yang kalah. Nak kata kat orang pula. Dahlah masuk bilik orang tanpa minta kebenaran dulu. Main redah je”, marah Aqilah cuba mengawal perasaan malu. Dia menundukkan wajah. Malu untuk menatap wajah Haikal yang kacak itu.

Haikal tersenyum lebar. Dia turut membuang pandangan ke arah bulan. “Amboi, takkan nak masuk bilik isteri sendiri pun kena minta kebenaran? Macam tak logik pula”, balas Haikal tenang.

Aqilah mencebik bibirnya. “Nyampah”, gumamnya.

“Cantik bulan malam ni”, tutur Haikal tenang. Tidak mahu memanjangkan lagi  pertengkaran. Seketika dia memejamkan matanya. Terasa damai tatkala angin malam menampar lembut tubuhnya.

Aqilah terus tidak jadi marah. Bibirnya yang muncung tadi, sudah mengukir senyuman manis. Sukanya dia melihat wajah Haikal yang tenang. Paling disukainya apabila Haikal memejamkan mata dan senyuman tidak lekang bermain di bibir. Memang menawan hati perempuannya. Dalam tidak sedar, tubuhnya sudah mendekati tubuh Haikal. Lalu, lengan Haikal dipaut.  Aqilah melentokkan kepala pada lengan sasa Haikal.

Mata Haikal kembali terbuka. Dari ekor mata, dia dapat melihat perbuatan Aqilah. Makin lebar senyumannya. Matanya kembali terpejam. Biarlah detik seindah ini menjadi kenangan yang akan diingati dalam hidup.

“Kenapa awak suka tengok langit?”, soal Aqilah dengan mata masih lagi terpejam.

“Entah”, balas Haikal tenang. Dalam hatinya seakan ada alunan melodi yang indah belaka. Memang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Dulu, awak ada beritahu kenapa awak suka tengok langit”, ujar Aqilah perlahan. Terbuai seketika dirinya kala ini.

Terangkat kening Haikal mendengarnya. “Hmm, sayang masih ingat sebab apa abang suka tengok langit?” Haikal berasa teruja.

Aqilah mengangguk. Lambat-lambat dia menjawab, “Sebab awak akan rasa tenang. Betul tak?” Aqilah mendongak mencari sepasang mata milik Haikal.

Haikal mengangguk mengiakan.

“Tapi, ada lagi satu sebab kenapa awak suka tengok langit. Boleh saya tahu kenapa?”, soal Aqilah lalu melentok kembali kepalanya di lengan Haikal. Makin dalam kasihnya pada Aqilah. Dengan penuh lembut, tubuh Aqilah dirangkul erat.

“Awak…”, panggil Aqilah makin lemah dalam pelukan Haikal.

“Hmm?”, balas Haikal perlahan. Hampir tidak kedengaran suaranya.

Aqilah tersenyum kecil. Entah kenapa nalurinya berkocak hebat.

“Sayang nak tahu tak sebabnya?”, soal Haikal masih lagi memeluk isterinya.

Aqilah mengangguk. Haikal meleraikan pelukannya. Wajah Aqilah ditatap dengan penuh kasih sayang. Pipi Aqilah yang licin itu diusap dengan penuh kasih. Dia menarik nafas lalu dihembus perlahan-lahan.

“Bila abang pandang langit, abang akan terbayang kehidupan abang dengan isteri abang”, ujar Haikal terus-terusan menatap wajah comel isterinya.

“Maksud awak?”, soal Aqilah mahukan lebih lagi penjelasan.

“Sayang ni, takkan tak faham lagi” Haikal sudah ketawa kecil.

Aqilah sudah menarik muka masam. Lantas, lengan Haikal dicubit. Haikal ketawa kecil. Tidak sakit langsung cubitan isterinya. “Okey, okey, abang jelaskan. Tapi, sayang kena senyum dulu”, tutur Haikal lalu mencuit pipi Aqilah.

Aqilah tersenyum kecil. Haikal turut membalas senyuman Aqilah. “Abang sayangkan Ila. Sepenuh hati abang cintakan Ila. Abang impikan kehidupan abang akan bahagia bersama-sama sayang. Abang impikan sebuah keluarga yang bahagia, dikelilingi anak-anak yang comel macam sayang dan abang impikan cinta dari sayang. Selama ni, abang rasa kehidupan abang kabur. Abang tak tahu jalan kehidupan abang bila bersama Ila. Tapi, abang makin nampak jalan kebahagiaan bila hati abang terpaut pada sayang”, jelas Haikal penuh mendalam kasihnya pada Aqilah.

Aqilah semakin terharu mendengarnya. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipinya.

“Syhh, jangan menangis macam ni. Abang tak sanggup lihat sayang nangis. Hati abang sakit sangat tengok air mata tu. Abang cintakan sayang. Sepenuh dan seikhlas hati abang”, ucap Haikal lalu menyeka air jernih itu.

“Saya minta maaf…”

“Shyy, sayang tak ada salah dengan abang. Dah, jangan nangis lagi. Cuba sayang senyum. Sayang nampak cantik tau kalau senyum. Awet muda tu. Tak nak muda ke?”, usik Haikal lalu ketawa.

Aqilah turut ketawa kecil. Berkali-kali dia menampar bahu Haikal. Perasaan halus bertandang dalam dirinya.

“Abang kena pergi outstation. Sayang jaga diri elok-elok tau masa abang tak ada nanti”, pesan Haikal mematikan tawa Aqilah.

“Bila awak pergi? Berapa lama awak nak tinggalkan saya? Saya tak boleh ikut awak ke?” Soalan demi soalan Aqilah ajukan. Terasa hatinya berat untuk melepaskan Haikal. Hmm, itu tanda-tanda dah jatuh cinta!

“Amboi, banyaknya soalan. Mana satu nak jawab ni?”, seloroh Haikal lalu tersenyum nipis.

“Eii…Orang tanya betul-betul. Dia main-main pula”, marah Aqilah pura-pura merajuk.

Senyuman Haikal makin lebar. “Sayang, dengar sini”, panggil Haikal lantas menjungkit sedikit dagu Aqilah. Sepasang mata milik Aqilah direnungnya. “Abang pergi esok. Sayang tak boleh ikut. Nanti, abang bawa sayang pergi bercuti ya. Abang janji” Haikal mengangkat tangannya seperti berikrar.

Aqilah ketawa kecil melihat perbuatan Haikal. “Berapa hari awak pergi?”

Haikal mengangkat kelima-lima jarinya.

“Lamanya. Lima hari awak tak ada. Sunyilah saya kalau macam ni”, tutur Aqilah sayu.

“Kenapa, rindu ke nanti?”, soal Haikal tenang.

Aqilah tersenyum nakal. “Rindu sebab tak ada teman nak bergaduh. Uwerkk”, ejek Aqilah lalu menjelirkan lidah. Apalagi Ila, larilah. Sepantas itu juga Aqilah melarikan diri.

“Oh, nak lari ya” Haikal ketawa melihat gelagat isterinya. Lantas, dia mengejar Aqilah dengan hati berbunga riang…


*****


TAKE CARE sayang”, pesan Haikal. Pipi isterinya diusap penuh kasih.

Aqilah mengangguk. “Awak pun jaga diri juga”, balas Aqilah dengan pesanan juga.

Haikal mengangguk lantas tersenyum nipis. “Abang sayangkan Ila. Tunggu abang balik”, bisik Haikal sayu. Pandangannya redup tatkala menatap sepasang mata milik Aqilah.

Entah kenapa hati kecil Aqilah seakan tidak membenarkan Haikal pergi. Biarpun lima hari, terasa bagaikan lima tahun lamanya. “Awak….”, panggil Aqilah perlahan.

“Hmmm?”

“Saya minta maaf”, ucap Aqilah dengan hati yang pilu. Air jernihnya menitis. Jari-jemari Haikal di pipinya, dipegang erat.

“Jangan nangis kat sini. Malu orang tengok nanti. Abang pergi tak lama” Haikal menyeka air jernih yang mengalir di pipi isterinya. Penuh kasih sayang melimpah buat isteri tercinta.

“Jaga diri elok-elok tau. Jangan lupa call saya bila sampai nanti”, pesan Aqilah lantas mengusap pipi Haikal.

Senyuman Haikal makin melebar. Ya Allah, bukalah pintu hati isteriku. Doanya dalam hati. Terasa berat sungguh hatinya mahu meninggalkan Aqilah. Kolam matanya terasa panas. Haikal cepat-cepat menenangkan diri.

“Okey, dah tiba masa untuk abang pergi. Jaga diri sayang. Tiap-tiap hari abang akan call sayang”, tukas Haikal menggenggam jari-jemari Aqilah yang berada di pipinya.

 Aqilah mengangguk. Haikal melepaskan pegangannya perlahan-lahan. Kakinya mula melangkah meninggalkan Aqilah.

“Awak…”, panggil Aqilah sayu.

Langkah Haikal terhenti. Dia berpaling memandang Aqilah. Dilihat, Aqilah makin menghampirinya. Haikal tersenyum kecil.

“Jaga diri”, pesan Aqilah buat kesekian kalinya. Lambat-lambat tangan Haikal dipegang lalu dikucup penuh hormat. Air matanya menitis lagi.

Mata Haikal seakan bersinar-sinar. “Sayang pun jaga diri juga. Kalau rindu, tengok bulan tau. Abang cintakan Ila. Abang sentiasa doakan yang terbaik untuk sayang”, bisik Haikal lalu mengesat air mata Aqilah. Lantas dahi Aqilah dikucup dengan penuh rasa cinta. Aqilah memejamkan mata tatkala kucupan Haikal singgah di dahinya. Terasa sejuk tubuhnya tika ini.

“Abang harap, balik nanti Ila akan panggil abang dengan panggilan ‘abang’. Abang pergi dulu. Kalau Ila nak balik rumah papa dan mama, abang izinkan. Kalau sayang nak keluar pergi mana-mana, abang izinkan”, tutur Haikal tenang.

Aqilah mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman manis. Sememangnya Haikal seorang yang memahami dan tidak pentingkan diri! “Assalammualaikum”, ucap Aqilah.

“Waalaikumussalam. Sayang drive hati-hati tau”, balas Haikal siap dengan pesanan lagi.

Aqilah mengangguk. Matanya setia menghantar langkah Haikal dengan pandangan penuh sayu. Ya Allah, berkatilah perjalanan suamiku. Aqilah berdoa dalam hati.


*****


PAP!!!

Aqilah tersentak dari lamunan. Berkecai terus lamunannya. Bagaikan kaca yang pecah berderai. Pipinya terasa perit!

“Woi, aku bagi salam punyalah lama. Kau boleh buat derkk je” Begitu lantang suara Suzana memarahinya. Siap gaya mencekak pinggang lagi!

Pantas juga pandangan Aqilah dibuang ke arah Suzana. Hanya sengihan yang dipersembahkan oleh sahabatnya itu. Makin geram pula Aqilah melihat sengihan  yang tidak ubah seperti kerang busuk. Mahu saja dia membalas tamparan yang berbisa ke muka Suzana.

“Kau agak-agaklah kalau nak tampar aku pun. Eh, suami aku pun tak pernah tampar tau tak. Hmm, habis pipi aku yang licin ni jadi merah”, marah Aqilah dengan suara kembali kendur. Pipinya diusap berkali-kali. Bibirnya sudah muncung mengalahkan tempe basi lagaknya.

“Ala, sorry la beb. Aku ingatkan kau dengar salam aku. Pintu rumah pun tak berkunci. Kau biarkan terbuka je. Kalau perompak masuk macam mana? Nasib baik aku datang tau tak” Suzana menghempas tubuhnya di sisi Aqilah.

Sempat lagi Aqilah membuang pandangan ke arah pintu rumah yang terbuka luas. Memang benar apa yang dikatakan Suzana. Fikirkan Haikal hingga boleh memudaratkan keselamatan diri sendiri. Bagaimana kalau penjahat yang datang? Cepat-cepat Aqilah beristighfar dalam hati. Salahnya juga. Itulah, asyik fikir Haikal saja. Kerja pun dia ponteng. Maklumlah, suami kesayangan tiada.

“Hah, mengelamun lagi. Kenapa dengan kau ni?”, sergah Suzana menampar paha Aqilah.

Erkkk…Liurnya ditelan. Tawar!!

“Kau okey ke?”, soal Suzana sambil menggaru-garu kepalanya. Angau ke kawan aku ni? Soalnya dalam hati.

“Kenapa?” Aqilah blurr. Termangu-mangu seketika.

Terangkat kening Suzana melihat reaksi Aqilah. Bibirnya yang merah itu sudah tersenyum nipis. “Kau teringatkan siapa? Haikal ke?”, duga Suzana dengan nada yang serius. Wajah Aqilah yang makin merah itu ditatap dengan penuh minat.
  
Aqilah menundukkan wajahnya. Matanya menekur ke bawah sambil jari kakinya menguis-nguis hujung permaidani. Fikirannya kosong. Wajah Haikal terus lenyap. Yang dia tahu, dirinya hanya mahu mengelamun panjang. Inikah dikatakan cinta? Arghh, tak mungkin. Tepis hati kecilnya.

“Hah, betulkan apa aku kata. Kau mengelamun lagi”, sergah Suzana menampar lembut bahu Aqilah.

Hanya keluhan kecil yang didendangkan oleh Aqilah. Dia terlalu penat untuk memikirkan hubungannya dengan Haikal. Lambat-lambat dia menyandarkan kepala di sofa. Seketika dia memejamkan mata. Wajah Haikal kembali menerjah ruang matanya. Bibir Aqilah mengukir senyuman manis.

“Haikal….” Tanpa sedar, nama Haikal meniti di bibirnya.

“Ehemm, ehemm….Aku mengganggu ke ni?”, soal Suzana gusar. Hatinya diterpa rasa bersalah kerana mengganggu ketenteraman sahabatnya.

Mata Aqilah kembali terbuka. Dia seakan baru tersedar dari lena yang panjang. “Eh, sorry beb. Aku…a..”

“Eh, no hal lah. Aku ganggu kau ke ni?”

Aqilah pantas menggeleng. “Kau tak ganggu aku pun. Entahlah, aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan. Sampaikan kerja pun aku tak pergi. Yang aku tahu, aku nak rehat dan tenangkan fikiran je”, tutur Aqilah dengan keluhan panjang.

“Kau rindukan Haikal ke?” Suzana memandang Aqilah dengan senyuman lebar menghiasi bibirnya.

Aqilah mengangkat bahu. “Aku tak tahulah Ana. Tapi, hati aku makin senang dengan Haikal. Tipulah kalau aku kata yang aku tiada hati pada dia langsung. Ternyata, hati aku makin sayang pada dia. Aku buntu Ana. Bila dia jauh aku makin rindu. Bila dia ada di sisi, aku rasa macam benci. Dalam benci-benci aku, terselit juga perasaan yang sukar aku gambarkan”, jelas Aqilah meraup mukanya berkali-kali.

Suzana tersenyum mendengarnya. Bahu Aqilah diusap lembut. “Itu tandanya, kau cintakan dia. Cuma, hati kau yang menidakkan perasaan tu. Haikal suami kau, Ila. Dia yang lebih berhak ke atas kau. Bukan lagi Saiful. Anggap saja hubungan kau dengan Saiful terputus macam tu saja. Aku tahu hati kau mula menyukai Haikal”, tukas Suzana siap dengan hujah-hujah sekali.

Aqilah memandang Suzana. “Bolehkah aku lupakan Saiful macam tu saja? Aku takut kalau hati dan perasaan Saiful masih lagi mengharapkan aku”, luah Aqilah bercelaru dengan perasaan sendiri.

Suzana menarik nafas sedalam-dalam lalu dihembus perlahan-lahan. Dengan lambat dia mengangguk. “Kau boleh lupakan Saiful. Buat apa kau nak fikirkan Saiful lagi? Kau pun tak tahu sama ada Saiful masih lagi ingatkan kau atau tidak. Silap-silap, dia pun dah berkahwin. Manalah kita tahu. Hati manusia, Ila. Semua boleh berubah. Kasih manusiakan sering bermusim. Macam kau sekarang, dah jadi isteri orang. Berdosa hukumnya mengingati lelaki lain” Panjang lebar Suzana menasihati Aqilah.

Aqilah menundukkan wajahnya. Ya, betul apa yang dikatakan oleh Suzana. Dia tidak seharusnya memikirkan lelaki lain. Sepatutnya, dia harus merancang kebahagiaannya dengan Haikal. Ya, Haikal. Lelaki yang tercipta untuknya.

“Ana, kau rasa patut tak aku belajar masak? Asyik Haikal je yang masak. Aku nak juga belajar. Hehehehhe”, seloroh Aqilah lalu ketawa kecil.

Terbeliak mata Suzana mendengar. “Woi mak cik, kau biar betul tak tahu masak? Eh, teruk betullah kawan aku ni. Tahu tak, salah satu rahsia nak bagi suami sayangkan kita, kenalah pandai masak”

Aqilah ketawa berdekah-dekah. “Aku tahulah. Nak buat macam mana. Nanti aku belajarlah. Aku ingat nak balik rumah mama dengan papa. Haikal dah bagi green light kat aku. Takutlah pula aku nak tinggal kat rumah ni seorang diri. Lainlah kalau kau teman aku malam ni” Terangkat kening Aqilah. Sesekali dia menjeling ke arah Suzana.

“Eh kau ni. Aku dah janji dengan family akulah malam ni. Sorry beb tak dapat temankan kau. Tapi, kalau kau nak aku temankan kau pergi beli barang dapur, aku boleh je temankan. Nak tak?”

Aqilah menjelir lidah. “Tak payahlah kau nak susahkan diri. Aku nak belajar masak dengan mama kesayangan aku. Sampaikan salam aku pada keluarga kau eak” Ceria saja suaranya. Ya, azamnya hanya satu. Dia akan berusaha membuka pintu hati seluasnya untuk menerima kasih Haikal. Dalam hati berharap agar dia mampu membina impian bersama-sama Haikal.

‘Abang sayangkan Ila. Sepenuh hati abang cintakan Ila. Abang impikan kehidupan abang akan bahagia bersama-sama sayang. Abang impikan sebuah keluarga yang bahagia, dikelilingi anak-anak yang comel macam sayang dan abang impikan cinta dari sayang. Selama ni, abang rasa kehidupan abang kabur. Abang tak tahu jalan kehidupan abang bila bersama Ila. Tapi, abang makin nampak jalan kebahagiaan bila hati abang terpaut pada sayang’

Bibirnya menguntum senyuman mekar. Kata-kata Haikal akan disimpan kemas dalam kamus ingatannya. Betul ke aku mula cintakan dia? Mana perginya perasaan benci? Aqilah bingung.

No comments:

Post a Comment

Komen Anda Amatlah Saya Hargai. Salam Sayang Dari Saya, NIERASHIDA :)