bab 27 & 28

BAB 27

“Hai Haikal”, sapa Zurina sebaik saja daun pintu ditutupnya.

“Zu, awak buat apa kat sini?”

“Saja saya datang. Nak jumpa awak. Tak boleh ke?”

“Kalau tak ada apa-apa, baik awak balik. Saya ada banyak kerja nak kena buat sekarang”

“Awak macam menghalau saya je” Zurina sudah mengambil tempat di hadapan Haikal.

Keluhan berat meletus di mulut Haikal. “Tak elok awak datang sini. Nanti, apa pula kata Ila”, tutur Haikal tanpa memandang langsung wajah Zurina. Matanya tetap pada dokumen yang berada di atas meja.

Zurina mendengus geram. “Hiraukan je pasal Ila” Sinis sekali dia menjawab. Hatinya makin sakit apabila Haikal tidak langsung memandang wajahnya.

“Saya sibuk”, jawabnya perlahan.

“Kalau saya sibuk dulu, awak boleh saja kacau. Siap datang office lagi. Sekarang, takkan saya tak boleh kacau awak pula?” Zurina cuba mengungkit kenangannya bersama-sama Haikal satu tika dahulu.

“Itu dulu Zu. Kenangan dulu tak perlu dikenang. Lagi awak kenang, lagi awak sakit hati. Kalau awak nak berkawan dengan saya, boleh je. Bukannya saya nak marah. Lagipun, hal kita dah lama berlalu” Kini, mata Haikal mula tertancap pada wajah bekas kekasihnya.

“Saya tak percaya Haikal. Takkan semudah itu awak mampu lupakan kenangan kita? Saya berani kerat jarilah” Angkuh sekali tutur Zurina.

Haikal tersenyum hambar. “Memang apa yang awak kata ada betulnya juga. Tapi, sampai bila saya nak hidup dengan kenangan bersama awak? Saya dah ada isteri. Mungkin saya tak layak untuk awak. Ada lagi lelaki yang layak untuk awak”

“Sampai hati awak kata macam tu. Tiap hari saya ingatkan awak. Saya cuba membenci awak, Haikal. Tapi, saya kalah. Semakin saya benci, semakin kuat perasaan sayang, rindu yang hadir. Apa perlu saya buat Haikal? Saya tak kuat tanpa awak”, rintih Zurina sayu.

“Saya sayangkan awak. Tapi, itu dulu Zu. Walau macam mana hebat sekali kita merancang, DIA yang tentukan. Terimalah qada dan qadar Zu. Saya harap awak faham apa yang saya cuba nak sampaikan”

Zurina tertunduk dengan bahunya mula terhinjut-hinjut. Tangisannya kedengaran. Lambat-lambat dia mengangkat wajah lalu menikam pandangan Haikal.

“Saya akan dapat awak satu hari nanti. Itu janji saya”, putus Zurina bingkas berdiri. Dengan langkah yang laju, dia melangkah keluar. Pintu bilik Haikal dihempas kuat.

Papp!

Haikal tersentak. Pipinya yang perit itu diusap berkali-kali.

“Kenapa abang termenung saja ni? Ada masalah ke?”

“Hah?” Terpinga-pinga dia memandang Aqilah.

Kening Aqilah seakan-akan bercantum. “Ada masalah ke?”, soal Aqilah dengan soalan yang sama.

“Tak...a..da...apa-apa”, balasnya tersekat-sekat.

“Betul ke tak ada apa-apa? Macam tak percaya je”, sangkal Aqilah menjeling sekilas pada suaminya.

“Amboi, sejak bila sayang pandai jadi ahli nujum ni? Macam tahu-tahu saja abang ada masalah”, seloroh Haikal meredakan hatinya.

“Orang tanya betul-betul. Dia main-main pula” Aqilah pura-pura merajuk.

“Alololo ucuk-ucuk abang ni, merajuklah pula. Janganlah merajuk. Cuba senyum sikit. Sayang kalau senyum nampak cantik tau”, pujuk Haikal lantas mencuit dagu isterinya.

“Eleh, tak habis-habis pujuk cara macam tu. Tak ada cara lain ke nak pujuk? Nyampah”, rungut Aqilah bersahaja.

Haikal menggaru kepalanya yang tidak gatal.  “Takkan sayang nak suruh abang pujuk dalam bahasa tamil pula. Mestilah abang nak pujuk sayang dalam bahasa melayu”

Aqilah tetap diam. Sengaja mahu menduga Haikal.

Haikal kian bingung. Dia terus bangun dari sofa. Dibiarkan Aqilah keseorangan di ruang tamu.

Aqilah makin panas hati. “Bukan dia nak pujuk aku. Ada ke patut tinggal aku seorang diri kat ruang tamu ni. Baik aku cakap dengan tv je”, gumam Aqilah sendirian. Namun, jangkaannya meleset apabila Haikal kembali semula dengan gitar di tangannya.

“Abang nak sayang dengar lagu ni. Tapi, ni bukan lagu cintan-cintun tau. Ni lagu kegemaran abang. Kalau tak sedap jangan marah tau” Haikal tersenyum lalu jarinya mula memetik gitar.

Aqilah diam tanpa seribu bahasa. Matanya terus tertancap pada wajah kacak Haikal.

Perjalanan ini,
Terasa sangat menyedihkan,
Sayang engkau tak duduk,
Disampingku kawan...

Banyak cerita,
Yang mestinya kau saksikan,
Di tanah kering bebatuan...

Tubuhku terguncang,
Dihempas batu jalanan,
Hati tergetar menampak, 
kering rerumputan...

Perjalanan ini pun,
Seperti jadi saksi,
Gembala kecil,
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya,
Ketika ia kutanya mengapa,
Bapak ibunya telah lama mati,
Ditelan bencana tanah ini...

Sesampainya di laut,
Kukabarkan semuanya,
Kepada karang kepada ombak,
Kepada matahari...

Tetapi semua diam, 
Tetapi semua bisu,
Tinggal aku sendiri,
Terpaku menatap langit...

Barangkali di sana,
ada jawabnya,
Mengapa di tanahku terjadi bencana...

Mungkin Tuhan mulai bosan,
Melihat tingkah kita,
Yang selalu salah dan bangga,
dengan dosa-dosa...

Atau alam mulai enggan,
Bersahabat dengan kita,
Coba kita bertanya pada,
Rumput yang bergoyang...

“Sekian, terima kasih”, ucap Haikal sebaik saja selesai menyanyi.

Bibir Aqilah melakar senyuman nipis. “Sedap abang nyanyi. Apa tajuk lagu tu?”

“Tajuk lagu ni ‘Berita Kepada Kawan’. Abang suka sangat lagu ni. Lagi satu, abang suka lagu M. Nasir. Tajuk lagu tu ‘Di Balik Cermin Mimpi’. Sayang nak dengar tak?”

Aqilah mengangguk laju. Haikal berdehem sebelum lagu seterusnya dinyanyi.

Di balik cermin mimpi,
Aku melihat engkau,
Di dalam engkau,
Aku melihat aku,
Ternyata kita adalah sama,
Di arena mimpi yang penuh bermakna...

Bila bulan bersatu dengan  mentari,
Bayang-bayang ku hilang,
Di selebungi kerdip nurani,
Mencurah kasih, kasih murni,
Mencurah kasih...

Di balik cermin, cermin mimpi,
Adalah realiti yang tidak kita sedari,
Hanya keyakinan dapat merestui,
Hakikat cinta yang sejati,
Hakikat cinta yang sejati...

Dengan tersingkapnya tabir siang,
Wajah kita jelas terbayang,
Dan terpecah cermin mimpi,
Menjadi sinar pelangi,
Pelangi...

“Okey, cukup. Sayang tak mahu nyanyi kat abang ke?”

“Ila mana tahu nyanyi”

“Tipulah. Abang selalu dengar sayang menyanyi dalam bilik air. Nyanyilah satu lagu. Boleh?”

“Mana abang tahu Ila nyanyi dalam bilik air? Abang masuk bilik Ila senyap-senyap ke?” Aqilah mula curiga.

Senyuman Haikal menambahkan lagi kepastian di hati Aqilah. “Ala, bukan selalu abang masuk. Abang rindu sayang. Tiap-tiap pagi abang kena masuk bilik sayang. Tak nampak orang dia pun tak apa. Janji nampak bantal tidur. Boleh peluk juga”, jawab Haikal tidak malu langsung.

Muka Aqilah meruap merah. Malunya! “Yela, Ila nyanyi. Tapi, taklah sesedap suara abang. Tak payah main gitar okey. Ila nyanyi sikit je. Boleh?”

Haikal mengangguk laju. “Boleh sayang. Abang tak kisah”

Dua insan sedang bercinta,
Dua insan berjanji setia,
Telah kukatakan padamu oh saying,
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan...

Bila kau senyum, ku gembira,
Bila kau sedih, ku menangis,
Bagai taman rindukan kembang,
Ku rindu wajahmu oh saying...

Di mana saja kau berada,
Ku kan tetap bersamamu,
Walaupun jasadku jauh,
Namun hatiku tetap padamu...

“Dah habis. Ila tak pandai nyanyi pun” Aqilah mula tertunduk malu.

“Sedap suara sayang. Lagu tu pun abang suka juga”

“Abang memang. Semua abang suka”, pintas Aqilah sambil mencekak pinggang.

Haikal ketawa kecil. “Hmm, abang dah ngatuklah sayang. Lewat malam dah ni. Jom, abang hantar sayang balik bilik”

Ketawa Aqilah meletus juga. Dia turut bangun apabila Haikal menghulurkan tangan padanya. Namun, Haikal lebih cepat bertindak. Tubuh Aqilah dicempung. Aqilah malu sendiri. Tangannya melingkari pada leher Haikal. Sebaik saja tiba di bilik, Haikal membaringkan Aqilah di atas katil. Penuh rasa kasih, tubuh Aqilah diselimut.

“Sayang tidur tau. Mimpikan abang malam ni. Emmuah” Sebuah kucupan selamat malam hinggap di dahi Aqilah.

Jantung Aqilah berdegup kencang. Perasaannya pada Haikal tidak dapat dibendung lagi. Anehnya rasa yang dia alami tika ini.

“Abang keluar dulu. Assalammualaikum”, bisik Haikal di telinga Aqilah.

“Abang...”, panggil Aqilah terus menangkap pergelangan tangan Haikal.

Langkah Haikal terhenti. Dia memusing semula tubuhnya menghadap Aqilah. “Kenapa ni?”, soal Haikal mula pelik.

“Ila benci abang”, ucap Aqilah perlahan.

Haikal tersenyum kecil.

“Tapi, Ila rindu abang”, ucap Aqilah tanpa malu lagi.

Haikal terdiam. Wajah Aqilah ditatap penuh dalam dan tajam. Makin lama wajah Aqilah mendekati wajahnya.

Love you”, luah Haikal lalu menarik Aqilah ke dalam pelukan.

Love you too”, balas Aqilah membalas pelukan Haikal.

  

BAB 28 

“Zu, kita kahwin”

What?

“Kita kahwin. Saya dah fikir masak-masak”,  tutur Idham penuh yakin. Tidak mahu tangguh-tangguh lagi.

“Kahwin? Tak mungkin”

“Sampai bila kita nk hidup macam ni?”

“Sampai bila-bila. Lagipun, saya hanya nak berkawan dengan awak. Tak lebih dari tu” Selamba saja dia berkata lalu menyedut jus tembikai.

Penuh sopan Idham meletakkan sudu dan juga garpu di pinggan. Wajah Zurina yang manis itu ditatap lembut. “Saya tak kisah kalau awak perlukan masa. Ambillah seberapa banyak masa yang awak nak” Tenang sekali raut wajah Idham.

Zurina diam. Idham tidak seperti selalu. Jika tidak, pasti akan mengundang pergaduhan antara mereka. Tapi, berbeza pula kali ini. Raut wajah Idham kelihatan sungguh tenang. Kata-katanya pula tidak menyakitkan hati lagi.

“Awak okey tak ni?”

Zurina hanya mengangkat bahu. “Tak perlulah awak tunggu saya. Buang masa saja Id”

“Tak apalah. Selagi awak tak terikat dengan sesiapa, saya tetap akan tunggu awak. Itu janji saya pada awak. Jangan risau, saya takkan desak awak lagi. Biarlah hati awak terbuka dengan sendiri”, ujar Idham lalu menyambung makan.

Zurina makin hairan dengan sikap Idham yang tiba-tiba berubah. Idham di depannya ternyata berbeza sangat-sangat. “Awak okey tak ni Id”

“Okey je. Kenapa tanya macam tu?”

“Saja”, jawabnya sepatah lalu senyuman diukir hambar.

“Umi kirim salam pada awak”

“Umi? Girlfriend awak ke?”

Tawa Idham kedengaran juga. “Apalah awak ni, umi tu mak sayalah”

“Oh. Macam mana dia tahu tentang saya?”

“Dia terjumpa gambar awak masa kemas bilik saya. Maaflah kalau ambil gambar awak cara curi-curi” Hati Idham mula serba salah.

Hanya senyuman kecil lahir di bibir Zurina. “Tak apalah. Kata kat umi, waalaikumussalam”

Idham sekadar mengangguk dan meneruskan suapannya.

“Terima kasih Id”, ucap Zurina.

“Kenapa?”

“Sebab faham saya”, balasnya tenang.

“Tak apa Zu. Kalau ada jodoh saya dengan awak tak kemana” Senyuman gadis kesayangannya dibalas penuh rasa kasih.

Zurina turut membalas senyuman Idham. Dia menyambung semula makan. Entah kenapa hatinya tenang kala ini. Mungkin juga layanan Idham yang agak sukar diduga pada hari ini. Dia buntu dengan jalan hidupnya...


*****


“ASSALAMMUALAIKUM”

“Waalaikumussalam”, jawab Datin Sofea sudah gembira.

“Mama sibuk ke?”

“Mana ada sibuk. Haikal mana?”, tanya Datin Sofea mencari kelibat Haikal.

“Abang Haikal kat office mama. Hari ni, Ila ambil cuti separuh hari. Rindu kat mama dengan papa. Tu yang datang ni” Tubuh Aqilah sudah terhenyak di sofa.

“Siapa hantar Ila ni?” Sudahlah kelibat Haikal pun dia tidak nampak. Kelibat teksi pun dia tidak nampak juga.

Aqilah tersenyum penuh makna. “Cuba mama teka?”

“Kamu naik bas ke datang sini?”

“Bukanlah. Ila datang dengan ni”, tutur Aqilah lalu mengeluarkan segugus kunci. Biasalah orang perempuan. Semuanya ada tergantung pada kunci kereta. Dengan keychain la, teady bear la. Tapi, bukan dia tau yang gantungkan. Semuanya Haikal yang buat. Comelnya Haikal!

“Amboi, dah ada kereta? Mama tak nampak pula”

“Hehehe...Ila park kat luar sana. Mana mama nak nampak. Abang Haikal yang hadiahkan”

“Sukalah tu dapat kereta. Jangan nak buat drift pula”, pesan Datin Sofea.

“Mana papa?” Aqilah cuba menukar topik perbualan. Faham sangat dengan pesanan umpama sindiran yang tercetus di mulut mama kesayangannya.

“Saja nak tukar topiklah tu. Papa kamu pergi suraulah. Dah nak masuk zohor pun. Dah makan ke?”

“Belum lagilah mama. Mak Jah mana? Rindulah kat Mak Jah”

“Mak Jah ada kat dapur. Tengah siapkan makan tengah hari”

“Ila nak kacau Mak Jah kejaplah mama. Mak Jah tu kalau Ila balik, dia bukan perasan. Asyik sibuk dengan kerja saja”, bebel Aqilah bingkas bangun.

Datin Sofea sudah menggeleng kepala berkali-kali. Sikap Aqilah dari dulu hinggalah sekarang, tidak langsung berubah. Ada saja sifat nakal dalam diri intan payungnya itu.

Sebaik saja kaki Aqilah mencecah dapur, dengan langkah perlahan dia merapati Mak Jah. Lalu, pinggang Mak Jah dicuit.

“Oii anak ikan berlari anak rusa menari...Eh, amboi....Ehehhh”

Aqilah ketawa terbahak-bahak.

“Ya Allah, kamu rupanya. Mak Jah ingatkan siapalah tadi. Lain kali, bagi salam dulu. Buatnya Mak Jah sakit jantung macam mana?”

“Opss, maaf. Assalammualaikum Mak Jah”

“Hah, waalaikumussalam. Bila sampai?”

“Baru saja sampai” Tubuh Aqilah menyandar di kabinet dapur.

“Tak perasan pula Mak Jah”

“Macam mana nak perasan kalau asyik fokus pada kerja saja. Mak Jah masak apa tu? Macam sedap je baunya”

“Mak Jah masak tom yam campur, ikan bakar, sambal belacan, ulam-ulam. Kenapa, lapar ke?”

Aqilah menghampiri makanan yang masih terdapat di atas dapur. “Hmm, sedapnya. Terliur pula Ila tengok”

Mak Jah tersenyum senang. Hatinya senang melihat keceriaan yang terpancar jelas pada raut wajah anak majikannya. “Mana Haikal?”

“Abang Haikal kat office. Kejap lagi sampailah tu. Kami tidur sini malam ni. Esok pagi dah nak bertolak balik Kedah”, terang Aqilah sempat lagi mencubit sedikit isi ikan bakar.

“Hah, dia ni kalau datang dapur asyik nak kacau Mak Jah je. Bukan nak tolong”, sergah Datin Sofea yang muncul di muka dapur.

Aqilah ketawa kecil. “Sekali sekala mama. Bukannya selalu pun. Sedaplah ikan bakar sumbat sambal ni”

“Kalau dah sedap, belajar daripada pakar”, celah satu suara.

“Hah Haikal, dah sampai pun. Kamu pun ambil cuti juga ke?”, tanya Datin Sofea.

“Tak adalah mama. Haikal masuk balik pukul tiga nanti. Papa mana?” Tangan Datin Sofea dikucup lembut.

“Papa kamu ke surau”

“Kalau macam tu, Haikal pergi surau dululah”, pinta Haikal sempat menjeling ke arah isterinya yang sedang sibuk meratah ikan. Dilihat, Aqilah tidak memandang ke arahnya langsung. Sejak pagi tadi Aqilah seakan-akan cuba menjauh diri darinya. Segaris senyuman terlakar di bibirnya. Dia terus berlalu dari situ.

“Tengoklah tu, Haikal datang bukannya dia nak layan”, tegur Datin Sofea pening dengan perangai Aqilah. Sekejap okey, sekejap lain pula jadinya.

“Ala, kan Abang Haikal nak pergi surau. Ila tengah syok ratah ikan ni”

“Ya Allah, habislah ikan aku” Mak Jah agak terkejut lihat ikan yang hampir tinggal tulang.

Mata Datin Sofea turut membutang memandang Aqilah.

“Hehehe.....Sorry”, ucap Aqilah sambil menggigit jari.

“Bertuah punya anak. Sudah, pergi naik atas. Salin baju tu. Mama nak tolong Mak Jah. Kita bakar lagi seekorlah Jah oiii”, tutur Datin Sofea membuat Aqilah dan Mak Jah ketawa.

Ila, Ila....apalah nak jadi...

1 comment:

Komen Anda Amatlah Saya Hargai. Salam Sayang Dari Saya, NIERASHIDA :)