BAB 35
“Assalammualaikum sayang. Selamat
pagi”, ucap Haikal dengan suara yang penuh ceria. Pipi dan dahi Aqilah dikucup
lembut.
“Waalaikumussalam. Selamat pagi juga.
Amboi, ceria nampaknya abang pagi-pagi macam ni” Aqilah menuang milo panas ke
dalam cawan lalu diberikan kepada Haikal.
“Biasa saja. Kenapa, sayang tengok
abang makin muda ke?”, duga Haikal dengan usikan.
“Tak sangka suami Ila ni seorang yang
perasan. Abang nak makan apa? Ada roti sosej dengan nasi goreng” Aqilah
memandang Haikal penuh kasih sayang.
“Dua-dua abang nak. Perut abang ni dah
macam tong. Tambah berselera kalau isteri kesayangan yang masak”, puji Haikal
dengan tangannya mengusap-usap perut.
“Yela tu. Kalau dulu, hari minggu pun
abang pergi jogging. Sekarang, asyik
terperap kat rumah saja. Perut tu pun dah nak buncit Ila tengok”
“Betul ke sayang? Ala, ni yang tak best. Tapi, bukan ke sayang suruh abang
sediakan perut?” Haikal membelek perutnya yang berselindung di sebalik kemeja.
Aqilah ketawa kecil. “Abang ni, risau
mengalahkan orang perempuan saja. Ila gurau je la. Makan cepat. Dah lewat ni.
Nak pergi kerja lagi”, ngomel Aqilah bersahaja.
“Sayang nak kenakan
abang ya”
“Tak ada pun nak
kenakan abang”, balas Aqilah dengan senyuman manis.
“Comelnya isteri abang
hari ni” Tangannya terus mencubit pipi Aqilah.
“Orang tengah makan ni. Main
cubit-cubit pula. Cepatlah habiskan makanan tu”
“Okey sayang. Eh,
sayang dah baca doa makan ke belum?”
“Dah la abang
oiii....”
“Yeke, tak dengar
pun”, usik Haikal tersenyum nakal.
“Abang, dah lewat tahu tak. Sebelum
abang turun lagi Ila dah baca doa makan. Nak ajak bergurau pun, malam-malam
nantilah”, tukas Aqilah malunya datang menerpa.
“Hmm, malam eak? Okey, malam nanti ya”,
bisik Haikal lantas menyuap nasi goreng ke mulut.
Raut Aqilah berubah warna. Meruap menjadi
merah. “Gatal”, gumam Aqilah perlahan.
“Gatal-gatal pun, suami sayang juga”,
balas Haikal lalu mengenyit sebelah mata. Hatinya senang melayan keletah
Aqilah.
*****
AQILAH dan Haikal tiba di tempat kerja
tepat jam 9.00 pagi. Sebaik saja mereka melangkah masuk ke ruang utama, mata
Haikal terus memandang ke arah satu susuk tubuh yang sedang duduk di ruangan
menunggu.
“Sayang, tu Ana kan?”
“Mana?”
“Tu” Jari telunjuk
Haikal menunding ke arah ruangan menunggu.
“Ana? Pagi-pagi lagi dah muncul. Kenapa
eak?”, soal Aqilah lebih kepada dirinya sendiri.
“Abang pun tak tahu.
Ila pergilah kat Ana”
“Hari ni abang ada banyak meeting dengan client tau”, beritahu Aqilah dihantui rasa bersalah. Dia terpaksa
membuat pilihan. Antara kerja mahupun sahabat.
“Tak apalah. Nanti abang tengok sendiri
note tu. Sayang pergilah jumpa Ana.
Mungkin dia ada masalah ke”, ujar Haikal penuh dengan bertimbang rasa.
“Ila minta maaf”
“Tak apa sayangku. Hal
kecil je. Pergilah”, putus Haikal memberi keizinan.
“Jangan potong gaji
Ila tau” Sempat lagi dia berpesan.
“Sayang ni, sempat lagi nak cakap pasal
gaji”, getus Haikal mencuit manja pipi gebu Aqilah.
Aqilah tersengih sahaja. “Okey, tata
abang. Emmuahh” Pipi Haikal dikucup lembut.
“Thanks
sayang”, ucap Haikal sekadar melihat Aqilah yang sudah meninggalkannya. Pipinya
yang dikucup tadi terus disentuh dengan jari. Sebaris senyuman mekar di
bibirnya.
Langkah Aqilah makin menghampiri
Suzana. Dia dapat mengagak masalah yang dihadapi oleh Suzana masih belum selesai.
Ternyata benar telahannya apabila duduk Suzana tidak tenang. Keluh-kesah begitu
kuat menyapa cuping telinganya.
“Assalammualaikum
kawan”, ucap Aqilah perlahan.
“Waalaikumussalam”,
balas Suzana tenang.
“Kau tak kerja ke hari ni?”, tanya
Aqilah lalu melabuhkan punggung di sebelah Suzana.
“Aku minta cuti hari ni. Nak rehatkan
diri. Aku tak nak ganggu kau sebenarnya. Tapi, aku tak tahu nak pergi mana lagi.
Aku minta maaf” Suara Suzana kendur sekali.
“Aku tak kisah Ana. Haikal dah izinkan
aku jumpa kau. Tak ada aku pun, kerja Haikal berjalan juga. Kenapa ni?”
“Aku letihlah Ila. Fikiran aku ni
kusut. Tak tahu nak cakap macam mana lagi. Rasa macam nak bunuh diri pun ada”,
luah Suzana begitu tertekan.
“Astaghfirullahalazim...” Mulut Aqilah
beristighfar berkali-kali. Bahu Suzana dipeluk mesra. “Sabar Ana. Setiap apa
yang berlaku ada hikmah. Kau tak boleh fikir negatif sangat. Kau ingat bunuh
diri tu dapat selesai masalah ke? Cuba mengucap sikit”, sambung Aqilah
menepuk-nepuk bahu Suzana.
“Aku tension Ila. Aku tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ni”,
luah Suzana meruap mukanya berkali-kali.
“Okey, bawa bertenang. Kalau kau tak
kisah, boleh aku tahu apa masalah kau?”
Kepala Suzana digeleng
berkali-kali. “Aku tak mahu susahkan kau”
“Tak ada susahnya. Aku kawan kau. Kalau
kau ada masalah, aku boleh tolong. Kalau aku tak mampu tolong, sekurang-kurangnya
aku boleh bagi pendapat. Tak salah pun kalau kau nak share dengan aku”, pujuk Aqilah penuh lembut dan bersabar.
“Aku tak tahu”,
tuturnya dengan keluhan kecil.
“Macam ni, aku tak mahu paksa kau.
Kalau betul kau perlukan pertolongan aku, beritahu saja. Aku tak kisah
langsung. Kita kenal dah lama Ana. Masa aku susah senang dulu, kau sentiasa ada
di sisi”
“Aku tahu. Tapi,
masalah aku ni lain. Tak sama dengan masalah kau”
“Memanglah tak sama. Boleh saja kalau
kau nak share. Daripada kau asyik tension, baik kau luahkan.
Sekurang-kurang, hati kau tenang nanti”
“Thanks beb. Aku tak mahu susahkan kau”
Aqilah mengeluh panjang. Sabarlah wahai
hati. “Okey, kalau kau tak nak cerita, aku takkan paksa. Tapi, kalau nak jumpa
aku, jangan bawa masalah datang sini. Datang pun tak guna kalau tak nak beritahu”,
ngomel Aqilah lemah. Terasa hati sangat dengan sahabatnya itu.
“Ila, aku minta maaf. Bukan aku tak
anggap kau kawan. Yela, lain kali aku tak bawa masalah ni bila jumpa kau”
Aqilah diam. Hish,
yang aku nak merajuk ni kenapa? Sabar je la Ila...
“Sepatutnya, aku yang terasa hati
dengan kau. Mana tidaknya, dah ada masalah tak mahu cerita. Lepas tu, bila tak
selesai, asyik mengadu ada masalah. Tapi, sampai sekarang tak nak langsung
beritahu. Macam mana aku tak geram? Kau pula yang nak merajuk ni pe kes?” Aqilah
mula hilang sabar.
“Ala beb, aku minta maaf. Okey, nanti
aku settle masalah ni secepat mungkin.
Kau jangan bimbang ya”
“Mana boleh aku tak bimbang. Kau kan
kawan aku. Tak boleh aku tengok muka kau macam tikus mondok macam tu”
Suzana ketawa kecil. “Kau ni,
agak-agaklah. Ada pula nak samakan aku dengan tikus mondok”
“Kau ni, aku serius
tau. Ketawa pula dia ni. Boleh aku tahu satu perkara tak?”
“Boleh”, jawab Suzana
mula serius.
“Aku Cuma nak tahu. Masalah kau ni hal
mengenai peribadi ke?” Aqilah cuba meneka.
Diam Suzana adalah jawapan bagi
pertanyaan Aqilah. Lambat-lambat dia menarik nafas lalu mengangguk perlahan.
Aqilah tersenyum. “Dia
ada orang lain ke?”
Hanya bahu Suzana yang
terangkat.
“Macam ni, kau terus terang saja pada
dia. Manalah tahu dia boleh terima penjelasan kau. Kalau dia ada orang lain,
kau boleh bincang dengan dia. Maksud aku, kau kena imbas semula kenangan antara
kau dan dia. Kalau masalah kau berpunca daripada kau sendiri, itu aku tak tahu
nak cakap apa”, jelas Aqilah memberi pendapat.
Debaran di dada Suzana makin kuat. Ya,
memang benar masalah itu berpunca daripada dirinya sendiri. Tapi, dia buat
semua itu untuk mendapatkan kembali cintanya. Dia tidak sanggup melihat insan
yang dicintai jatuh ke tangan orang lain.
“Ana, kalau masalah tu berpunca
daripada kau, selesaikan dengan baik. Kau sembahyang, berdoa dan berusaha.
Andai betul dia adalah jodoh kau, tak kemana pun. Kalau dia bukan jodoh kau,
terimalah dengan redha”
“Thanks
Ila. Tapi, aku tak boleh terima hakikat kalau dia bukan jodoh aku. Cinta aku
pada dia terlalu dalam”, rintih Suzana sudah digernangi air jernih.
“Sabarlah Ana. Kau kena yakin pada diri
sendiri. Tapi, boleh aku tahu siapa laki yang kau sayang tu? Amboi, diam-diam
ubi berisi rupanya. Dengan aku pun kau nak berahsia juga ke?”
Suzana tersenyum.
“Malulah aku nak cerita”
“Ala, dengan aku pun
kau nak malu”
“Macam ni, kalau masalah aku dah
selesai, aku akan beritahu siapa laki tu. boleh tak?”
“Hmm...Okey. Aku akan tunggu saat tu”,
balas Aqilah menaikkan jari kelingkingnya. Akhirnya jari mereka bertaut.
Menandakan perjanjian. Aqilah tersenyum senang. Wajah Suzana kembali ceria.
BAB 36
“Dah settle ke masalah kawan baik sayang tu?”
“Tak settle lagi”
Haikal kelihatan
tenang dalam pemanduan. “Macam berat je masalah Ana”
“Biasalah, masalah
orang yang sedang bercinta”
“Oh, macam tu. Masalah bercinta
rupanya. Jadi, sayang dah jadi pakar kaunseling cintalah sekarang ni?”, usik
Haikal senang hati.
“Abang ni, mana ada pun. Ila cuma bagi
pendapat saja. Macam abang cakap dulu. Kita hanya boleh bagi pendapat.
Terpulanglah sama ada orang tu nak ikut atau tidak”, jawab Aqilah perlahan.
“Pandai sayang abang
ni. Masalah kita pula macam mana?”
Kening Aqilah terukir garisan halus. “Masalah
apa pula? Kita ada masalah ke?”, soal Aqilah ingin tahu.
“Bukan ‘kita’ yang
abang maksudkan”
“Dah tu?”
“Masalah abang”, balas
Haikal sambil tersenyum.
“Abang ada masalah
ke?” Sisi Haikal dipandang Aqilah.
“Ada”, jawab Haikal
lalu mengangguk kepalanya.
“Oh, tak tahu pula
abang ada masalah”
Kening kiri Haikal
terangkat. “Kenapa, tak percaya ke?”
“Ada ke Ila cakap tak
percaya?” Soalan dibalas dengan soalan.
“Tak ada”
“Dah tu? Masalah apa?” Aqilah makin
tidak senang duduk. Manalah tahu dia ada buat salah ke.
“Masalah berat sangat”,
luah Haikal beserta keluhan kecil.
“Pasal perkahwinan
kita ke?”, teka Aqilah masih lagi memandang Haikal.
“Bukan”
“Dah tu? Janganlah nak main-main. Cakap
sajalah” Sabarnya makin hilang. Haikal seolah mahu bermain teka-teki dengannya.
“Alololo, nak merajuk
pula sayang abang ni”
“Bukan merajuk. Abang buat Ila
tertanya-tanya. Tak sukalah macam ni”, rengus Aqilah mula bosan.
“Okey, abang minta maaf” Tangannya
mencapai jari-jemari milik Aqilah. Diusap penuh kasih sayang.
“Jadi?”
“Jadi apa?” Haikal
pura-pura tidak faham.
“Eiii, abang ni.
Nyampahlah”, marah Aqilah lantas menepis tangan Haikal.
“Okey, okey. Abang minta maaf lagi
sekali”, ucap Haikal lalu menarik semula tangan isterinya.
“Hmm...”
“Tak nak maafkan ke?”
Haikal menduga Aqilah.
“Baiklah,
Ila maafkan. Tapi, kali ni je. Kalau main-main juga, Ila nak merajuk sampai
esok”, ugut Aqilah yang merupakan amaran terakhir.
“Amboi, boikot nampak”
“Abang ni, seriuslah sikit. Masalah
apa?” Hatinya tidak senang selagi Haikal tidak menyatakan masalah tersebut.
“Masalah pasal abang”, jawab Haikal
tidak putus dengan senyuman.
“Kenapa dengan abang?”
“Sayang ni, abang tak
sempat nak cakap sayang dah potong”
“Hehehe. Maaf”
“Kalau Ila nak tahu,
abang ada masalah hati”, akui Haikal penuh jujur.
“Kenapa abang sakit
ke?”
“Bukanlah. Ada pula
sampai ke situ”
“Dah tu? Masalah cinta ke?”, duga
Aqilah menahan hatinya yang makin berdebar.
“Yup. Masalah cinta”
Kepala Haikal diangguk berkali-kali.
Fikirannya terus melayang kepada
Zurina. Adakah masalah cinta yang Haikal maksudkan adalah Zurina? Dirinya diterpa
rasa sayu. “Masalah cinta apa pula ni? Ila tak faham”
“Masalah cinta dengan sayanglah. Macam
manalah sayang boleh curi hati abang? Boleh abang tahu?”
Hah? Terus membuntang mata Aqilah.
Seram sejuk yang bermukim di tubuhnya bagaikan hilang begitu saja. Lenyap entah
ke mana. Dia menelan liur berkali-kali.
“Kenapa tangan sayang
sejuk?”, tanya Haikal pelik.
“Tak adalah. Mana ada”, cantas Aqilah terus
menarik tangannya. Mukanya yang sememangnya putih merah semakin merah jadinya.
“Muka sayang pun dah merah. Kenapa ni?
Tak sihat ke?” Dahi isterinya disentuh dengan belakang tapak tangan kiri.
“Ila okey. Bahaya ni, fokus kat depan”,
tegur Aqilah meletakkan tangan Haikal di stereng.
“Sayang jangan main-main dengan abang
tau. Kalau sayang sakit, abang juga yang susah. Tiba-tiba tangan sejuk, muka
merah. Pelik betullah sayang ni” Haikal seakan-akan bercakap pada diri sendiri.
“Mana ada. Ila sihatlah. Yang abang
gelabah tu kenapa?” Lucu pula dia dengan sikap Haikal. Makin bertambah sayang
dia pada Haikal.
Wajah Haikal berubah monyok. Aqilah
perasan tentang perubahan itu. Dia tersenyum kecil. “Alololo, merajuk ya?”
“Yela, siapalah kita ni. Orang tak
layak pun nak ambil berat pasal dia. Kita sedarlah siapa kita pada dia”, rajuk
Haikal mula datang.
“Abang ni, Ila anggap abang suami Ila
tahu tak. Maafkan Ila kalau buat abang terasa hati”, pinta Aqilah menjatuhkan
kepala di bahu Haikal.
“Yela tu. Entah-entah,
dalam hati masih ingatkan Saiful”, tuduh Haikal melulu.
Pantas Aqilah mendongak memandang
Haikal. Entah kenapa dia terasa hati dengan Haikal. Makin lama, kepalanya makin
menjauhi bahu Haikal. Terus dia membuang pandangan ke arah luar kereta.
Sikit pun dalam hati ni tak ada nama
Saiful. Kenapa abang tak pernah faham perasaan Ila? Sedangkan, Ila yang
sepatutnya terasa dengan abang. Ila ni hanya orang kedua dalam hidup abang.
Siapalah Ila nak rampas hati abang. Zu lebih layak dapat hati abang. Walaupun
Ila dapat pegang abang, belum tentu hati dan cinta abang, Ila dapat miliki.
Sesungguhnya rindu Ila pada abang sudah lama mengatasi perasaan benci. Tak
mengerti lagikah wahai suamiku? Hati kecil Aqilah mula bermonolog.
Haikal yang fokus pada pemanduan terasa
makin sepi. Tiada lagi gelak tawa Aqilah. Dia mengeluh kecil. Eii...Kenapalah
aku ni bodoh sangat. Aku tak mahu hati dia sakit. Aku tak sanggup tengok dia
terguris. Cukuplah dia pernah terluka sewaktu berkahwin tanpa rela dengan aku.
Abang minta maaf sayang. Abang tak bermaksud nak sakitkan hati sayang. Mungkin
abang terlalu cemburu. Cemburu pada Saiful. Abang hanya nak cinta sayang
seorang saja. Abang tak mahu berkongsi cinta dengan lelaki lain. Semua orang
laki ada egonya sendiri. Abang sayangkan Ila. Maafkan abang. Hati kecilnya
hanya merintih sayu. Mulutnya seakan-akan berat untuk menutur kata maaf. Apatah
lagi untuk memujuk si isteri. Akhirnya, masing-masing hanya diam membisu. Hanya
kedengaran nyanyian di corong radio saja menghingarkan suasana.
*****
AQILAH termenung sepi di bilik tetamu.
Entah kenapa langkah kakinya tidak mahu menuju ke bilik tidur. Dia lebih senang
untuk bersendirian di sini. Ya, bersendirian membawa hati yang sayu dan pilu.
Aqilah mencapai bingkai gambar perkahwinannya yang terletak di atas meja sudut.
Perlahan-lahan tangannya menari lembut
pada wajah Haikal. Kacak sungguh Haikal tika itu. Dia masih ingat lagi betapa
hatinya sakit semasa dia dipaksa bergambar. Ingatannya tidak pernah padam saat
Haikal mengucup dahinya semasa pembatalan air sembahyang. Terasa syahdu pula bila mengingati
semua itu. Dia tersenyum hambar. Gambar Haikal yang sedang memeluk erat
pinggangnya ditatap penuh rasa sayu.
Setitis air jernih jatuh mengena gambar
tersebut. Jari-jemarinya menyapu air mata yang menitis mengenai wajah Haikal
dalam gambar yang dipegangnya. Makin lama, makin banyak titis-titis gerimis
yang mengenai gambar itu. Lantas bingkai gambar itu dibawa ke dadanya. Tubuhnya
terhinjut-hinjut dengan tangisan yang baru bermula.
“Ila benci abang”, luahnya dengan
esakan yang makin menjadi-jadi. “Kenapa tak pernah faham Ila? Kenapa tak faham
hati Ila? Susah sangatkah abang nak faham isi hati Ila? Kadang-kadang Ila rasa
cemburu sangat”, esaknya berpanjangan.
“Ila cemburu bila fikirkan kenangan
abang dengan Zu. Ila tak mampu mencipta apa-apa kenangan dengan abang. Usia
perkahwinan kita tak sampai setahun lagi. Ila takut nak hadapi
kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku kelak. Ila takut sangat”, luahnya
sendirian. Tubuhnya mula rebah di sofa.
“Ila rindu abang, rindu sangat-sangat”,
ucapnya lalu memejam mata. Bibirnya diketap kuat. Tidak mahu esakannya
bertambah kuat. Dia menangis sendirian. Tanpa Haikal di sisi. Tanpa teman
bicara di sisi. Hanya dia dan dirinya saja!
Bila nak sambung next entry? Huhuu..nak sangat sambungan.tolonglah cik penulis!best sangat2
ReplyDeleteSambungan???
ReplyDeleteBila episode bru akn kluar????? Please jgn ckp cite nie trgntung
ReplyDelete