bab 67
Aqilah agak kekok pada malam ini. Dia
terasa mahu bersembunyi daripada berdepan dengan Haikal. Jantungnya bagaikan
mahu terkeluar daripada tubuh. Berdetak-detup tanpa ada hentinya. Fikirannya
melayang mengingati saat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.
Aqilah
berjalan merapati katil. Saat dirinya tercari-cari kelibat Haikal, matanya
terus tertancap pada gaun berwarna merah hati terletak elok di atas katil.
Matanya terpandang pula pada sekeping kad yang terletak elok pada gaun
tersebut.
Special untuk yang tersayang. Pakai tau...
“Sayang...”
Aqilah
tersentak. Berkecai lamunannya. Kini, dia sudah berada dalam pelukan Haikal.
Dirinya sendiri tidak perasan akan kehadiran Haikal.
“Sayang
nampak cantik”, puji Haikal dalam bisikan.
“Erkk,
Ila nak mandi dulu. Tak mandi lagi ni” Aqilah cuba mengelak. Sudahlah tidak
mandi, dia terus menyarung gaun itu pada tubuh. Ishk, gelojoh betul aku ni.
Kutuknya dalam diam.
Haikal
ketawa kecil. “Sayang tak mandi pun tak pe. Tau bau busuk pun”, bisik Haikal
dekat di telinga Aqilah.
Meremang
bulu roma Aqilah. Walaupun gaun yang tersarung di tubuhnya labuh, namun dia
berasa tidak selesa. Ya, tidak selesa kerana dirinya belum mandi! Bukan tidak
selesa dengan gaun tersebut. Gaun merah hati ini tidaklah seseksi mana. Namun,
dia berasa janggal dalam keadaan sebegini. Dia malu untuk menatap wajah Haikal.
“Kenapa
sayang tak pandang abang? Malu eak?”
Makin
merah wajah Aqilah dibuatnya.
“Jom,
abang dah lapar”, ajak Haikal sambil menarik tangan Aqilah agar mengikutnya.
Aqilah
bagaikan terpukau. Dia terus mengikut langkah suaminya. Sebaik saja tiba di
balkoni, matanya terus ke arah menu yang telah terhidang di atas meja.
Terkebil-kebil matanya tika ini.
“Bila
abang buat semua ni?”, soalnya seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat.
Dua
ulas bibir Haikal melakar senyuman manis. “Abang balik awal tau hari ni. Penat
tau abang buat semua ni. Sayangkan suka makan KFC. Abang beli je. Tapi, abang
yang hias tau semua ni. Sayang ni, macam perli abang je. Tahulah abang tak
pandai masak ayam KFC” Haikal seakan berjauh hati.
Aqilah
tersengih. “Ila ingatkan abang yang masak. Sebab, Ila tengok sebijik macam KFC.
Hehehe.....Janganlah marah”, pujuk Aqilah lantas melepaskan satu kucupan di
pipi Haikal.
“Pandai
sayang pujuk abang eak”
“Mestilah.
Werk”, ejek Aqilah lalu ketawa kecil.
“Tengok
tu, gigit lidah tu baru tau. Jom makan”
Aqilah
sekadar mengangguk. Hatinya makin tersentuh tatkala Haikal menarik kerusi
untuknya. Lagak suaminya seperti gentlemen
sangat. Sukanya!
“Kita
ada nak raikan apa-apa ke ni? Buat susah-susah abang je”
“Kita
nak raikan honeymoon yang tak jadi
hari tu”, balas Haikal dengan senyuman tidak lekang dari bibir.
Pandangan
Aqilah bertukar redup. “Maafkan Ila. Kalau Ila tak merajuk, mesti kita kat
Cameron masa tu” Rasa bersalah mencengkam kuat dirinya.
“Sayang
ni, janganlah cakap macam tu. Abang tak kisah honeymoon kat mana-mana pun. Asalkan, sayang ada di sisi abang
sudah memadai. Tapi, abang nak yang special
sikit malam ni. Abang cinta sayang sepenuh hati”, ucap Haikal lantas mencapai
tangan Aqilah. Jemari Aqilah diusap lembut.
“Ila
pun cintakan abang. Terima kasih sudi menjadi raja dalam hidup Ila”
“Terima
kasih juga sebab sudi menjadi suri dalam hidup abang” Lantas jemari Aqilah
dikucup mesra.
Aqilah
tersenyum. Ya, dia akan jadikan malam ini sebagai kenangan yang paling indah
dalam hidupnya. Terima kasih Ya Allah kerana memberi pemilik tulang rusuk
kiriku. Terima kasih mama dan papa kerana memilih Haikal sebagai suami dalam
hidup Ila.
“Sayang,
jauh termenung. Tak nak makan ke?”
Aqilah
tersedar. “Abang pandai menari tak?”
Kening
Haikal menampakkan garisan nipis. “Abang tak pandai”
“Jom,
Ila ajar abang. Nak?” Aqilah bingkas bangun. Hilang terus moodnya untuk menikmati makan malam. Dia menarik Haikal mengikutnya
ke dalam kamar.
Haikal
tergamam. “Sayang, betul ke ni nak menari?” Cemas saja nadanya.
Aqilah
tersenyum nakal. “Kita pasang muzik ya”
Haikal
termangu-mangu seketika. Dia pula yang gelabah. Seumur hidup dia tidak pernah
menari. Bagaimana kalau dia terpijak kaki Aqilah? Arghh, haru biru jadinya.
Macam mana ni. Haikal kalut.
Aqilah merapati
Haikal. Senyumannya terukir manis buat suami tercinta. “Abang tenang tau. Ila
kan ada”, ujar Aqilah dengan sebelah mata dikenyitkan pada suaminya.
Haikal menelan liur.
Biar betul isteri aku ni. Gumam hati kecil Haikal. Sebaik saja alunan muzik instrumental
bergema, Aqilah meletakkan kedua-dua tangan Haikal pada
pinggangnya. Manakala, kedua-dua tangan Aqilah melingkari leher Haikal.
Perlahan-lahan Aqilah menggerakkan tubuhnya. Haikal turut mengikut rentak
isterinya.
“Abang
dah pandai. Senang je kan?”, bisik Aqilah dengan senyuman nipis.
“Sayang
ajar mestilah senang. Haikal menarik Aqilah rapat pada tubuhnya. Dengan manja,
dia menjatuhkan dagu di bahu Aqilah.
“Terima
kasih sebab buat kejutan untuk Ila”, bisik Aqilah dengan mata terpejam rapat.
Dia mahu menikmati saat-saat indah begini bersama Haikal.
“Sama-sama
kasih sayang”, ucap Haikal lantas mengucup leher dan pipi Aqilah. “Terima kasih
sebab beri abang peluang”, ucap Haikal perlahan. Dia merenggangkan pelukan.
Wajah Aqilah ditatap lama.
“I love you”, ucap Aqilah malu-malu. Ya,
dia masih lagi ada perasaan malu!
“Love you too”, balas Haikal terus
mencempung tubuh Aqilah. Berharap agar rumahtangganya akan berkekalan. Amin...
*****
BEBERAPA BULAN
KEMUDIAN...
Majlis kesyukuran dan
doa tahlil berlangsung dengan selamat. Haikal tidak henti mengucapkan
kesyukuran pada Allah S.W.T. Dari kejauhan, dia memerhati Aqilah yang leka
berbual dengan sanak saudara. Paling teruja sekali, Aqilah sudah mesra dengan
Zurina. Tiada dendam yang tersimpan dalam jiwa isterinya. Makin melimpah ruah
sayangnya pada Aqilah.
“Haikal
dah makan?”
Pandangan
Haikal jatuh pada Datuk Johar. Entah berapa lama Datuk Johar berada di
sampingnya. Malulah pula kalau Datuk Johar perasan dia sedang memerhati Aqilah
dari jauh.
“Kenyang
ke Haikal pandang Ila?”, perli Datuk Johar dengan senyuman panjang.
Bushhh...Satu
tamparan panas terkena pada pipinya. Malu!
“Biasalah
orang lelaki. Siapa yang tak sayang isteri”, sakat Datuk Johar lagi.
“Papa
dah makan?”
“Pandainya
Haikal tukar topik. Belajar dengan Ila ke?” Makin galak Datuk Johar mengusik
menantunya.
“Papa
ni, kalau menyakat orang, memang nombor satu”
“Papa
gurau je Haikal. Jangan terasa pula” Bahu Haikal ditepuk perlahan.
“Haikal
pun gurau je. Papa, Haikal ada hal nak beritahu sikit”
“Macam
serius je bunyinya”
“Pasal
Johar Holding”, tutur Haikal serius.
“Oh.
Pasal tu. Papa dah tahu. Azhar yang beritahu”
Haikal terdiam. Rasa
bersalah menggamit jiwanya. “Maafkan Haikal”
“Papa faham. Papa pun
lelaki juga. Jangan risau. Papa dengan mama dah nasihatkan Aqilah”
Oh,
patutlah isterinya tidak membangkitkan isu mengenai kerja. Rupanya, Datuk Johar
dan Datin Sofea sudah ‘membasuh’ fikiran Aqilah. Haikal tersenyum dalam diam.
“Ila
tak beritahu Haikal pun pasal hal ni”
“Dia
dah matang Haikal. Dia pun tak mahu bergaduh pasal benda-benda macam ni. Cuma,
satu je papa minta. Papa harap, kamu dapat pantau Johar Holding dari jauh”
“Insyaallah.
Haikal akan ingat pesan papa. Terima kasih papa”, ucap Haikal penuh rasa terharu.
“Haikal,
Ila pengsan!”, laung Zurina dari jauh.
Haikal
yang ralit berbual dengan Datuk Johar, terus tersentak. Bergegas Haikal
mendapatkan isterinya. Tubuh Aqilah dicempung. Ya Allah, janganlah apa-apakan
isteriku. Doanya dalam hati.
bab 68
“Hati-hati sayang. Jangan jalan laju sangat”
Haikal mengawal pergerakan Aqilah.
“Abang
ni, janganlah risau sangat. Ila tahu jaga diri” Kadang-kadang, dia rimas dengan
Haikal. Bukannya dia tidak suka dengan sikap Haikal yang terlalu prihatin
terhadapnya. Tetapi, dia bukannya budak-budak yang perlu ditegur setiap hari.
Keadaan itu membuatkan dia jadi rimas.
“Abang
kenalah jaga sayang. Kalau jadi apa-apa pada sayang, macam mana?”
“Ila
okey. Abang yang terlebih risau sangat. Kenapa tak pergi kerja lagi? Dah pukul
berapa dah ni”
“Abang
cuti hari ni”, balas Haikal bersahaja. Dia membantu Aqilah duduk di sofa. Takut
pula dia melihat Aqilah yang sudah sarat sangat. Tunggu hari saja, isterinya
itu akan bersalin.
“Abang
asyik ambil cuti saja. Tak penat ke jaga Ila?”
Haikal
menggeleng. “Abang tak penat pun. Kenapa, sayang tak suka ke abang jaga
sayang?”
“Bukan
macam tu. Ila nak duduk rumah mama, abang tak bagi. Sekurang-kurangnya, kalau
abang pergi kerja, boleh juga mama tolong jagakan. Taklah abang asyik ambil
cuti saja” Aqilah mula membebel.
“Sayang
jangan asyik berleter. Nanti, anak yang keluar asyik berleter saja. Sayang nak
ke anak kita kuat berleter?” Haikal sudah ketawa besar.
Seperti
biasa, paha Haikal yang dijadikan sasaran bagi Aqilah untuk melepaskan cubitan.
“Aduh,
sakitlah sayang. Hah, tabiat ni pun kena buang juga. Nanti, anak-anak kita
asyik nak cubit saja” Tangan Aqilah dicapai lalu ditampar lembut. Tampar-tampar
manja.
Muncung Aqilah makin
ketara.
“Abang
ni, asyik nak kenakan Ila je”, potong Aqilah geram.
Tubuh
Aqilah dirangkul perlahan dengan sebelah tangan. Sebelah tangannya lagi,
mengusap perut Aqilah. “Anak-anak kita mesti comelkan?”
Muka
Aqilah yang monyok terus berubah ceria. Tangan Haikal yang berada di perutnya
digenggam erat. “Kalau lelaki mesti kacak macam abang...”
“Kalau
perempuan, mesti comel macam sayang”, sambung Haikal lalu membawa tangan Aqilah
ke bibirnya.
Aqilah
tersenyum senang. Masih dia ingat lagi, sewaktu dia disahkan mengandung, setiap
malam Haikal akan mengaji Al-Quran sehingga dia tertidur. Sering kali juga
Haikal menceritakannya mengenai kisah para sahabat di zaman Rasulullah S.A.W.
Dia rasa bertuah mempunyai suami seperti Haikal.
“Abang...”
“Hmm...”
Haikal begitu khusyuk mengusap perut isterinya.
“Kalau
Ila tak ada nanti, tolong didik anak-anak kita jadi manusia yang berguna”
“Syhh,
kenapa sayang cakap macam tu?” Haikal memotong percakapan Aqilah.
Baru
saja Aqilah hendak membuka mulut, kedengaran suara yang memberi salam.
“Assalammualaikum...”
Haikal
dan Aqilah saling berpandangan. “Waalaikumussalam”, jawab Aqilah dan Haikal
serentak.
“Sayang
tunggu sini tau. Abang pergi tengok kejap” Haikal terus bangun dari sofa.
Langkah kakinya menuju ke pintu utama.
“Eh,
Ana, Saiful. Masuklah”
“Ila
mana?” soal Suzana. Tidak sabar untuk berjumpa sahabat baiknya itu.
“Aku
kat sini”, sampuk Aqilah yang sudah menghampiri pintu utama.
Haikal
yang melihat terus mendapatkan Aqilah. “Abang dah pesan suruh sayang duduk kat
situ. Kenapa degil sangat ni? Kalau jadi apa-apa, macam mana?”, marah Haikal dengan muka yang serius.
Aqilah
hanya bersahaja. Tidak sedikit pun hatinya terguris dengan kemarahan Haikal.
“Abang jangan risau ya. Ila okey je ni. Jom Ana, kita borak” Aqilah pantas
mencapai tangan Suzana.
Terpinga-pinga
Suzana dibuatnya. Haikal lagilah. Nasihat atau amarahnya, tidak sedikit pun
berjaya melembutkan keras kepala Aqilah.
“Sabarlah
Haikal. Biasalah tu” Saiful bersalaman dengan Haikal.
“Sabar
kita pun ada hadnya juga. Masuklah” Haikal mempelawa tetamunya masuk.
Sementara
itu, Aqilah dan Suzana rancak berbual di ruang tamu. Manakala, Haikal dan
Saiful sibuk di dapur. Sayangkan isterilah katakan!
“Suami
kita tukar jantina ke Ila?”
“Kenapa
pula?”
“Sepatutnya,
perempuan yang buat kerja kat dapur. Ini tak, dah terbalik pula”
Aqilah
ketawa kecil. “Macam kau tak faham dengan perangai Haikal. Aku nak buat kerja
rumah, tak bagi. Nak masak pun tak bagi. Mama dengan mak nak jagakan, tak bagi
juga. Dia nak buat seorang diri”
Suzana
yang mendengar makin membesar matanya. “Untunglah kau ada suami yang penyanyang
macam Haikal. Aku ni, tak tahu lagi bila nak dapat anak” Sayu nada Suzana.
Aqilah
turut simpati. “Sabarlah Ana. Mungkin, belum ada rezeki kau dengan Saiful” Dia
cuba menenangkan Suzana.
“Tak
apalah Ila. Mungkin betul kata kau”
“Macam
mana dengan bulan madu? Dua bulan kau tinggalkan aku. Kasihan aku seorang diri
kat sini” Aqilah cuba menukar topik. Dia tidak mahu Suzana bersedih.
“Eleh,
seorang dirilah sangat. Tu, Abang Haikal kesayangan kau nak letak mana?” seloroh
Suzana disambut tawa daripada Aqilah. Lenyap terus sedih di hati.
“Aku
simpan dia dalam hati” Penuh puitis Aqilah membalas gurauan Suzana.
“Jiwang
betul kau kali ni”
“Tapi,
aku suka tengok kau dah bertudung. Nampak ayu sangat” Pujian terlontar juga
dari mulut Aqilah.
Suzana
tersenyum lebar. “Hmm....Mungkin, dah sampai seru aku nak pakai tudung”,
tuturnya tenang.
“Ana,
aku nak minta tolong boleh?” Suara Aqilah tiba-tiba berubah serius.
“Kau
nak aku tolong apa?”
“Tolong
sampaikan impian aku yang kedua pada Haikal andai mata aku terpejam satu hari
nanti”
Suzana
tercengang. Dia kelu untuk mengeluarkan kata-kata. Wajah Aqilah yang penuh
mengharap dipandang lama.
“Kenapa
diam saja ni? Tadi bukan main riuh lagi sampai ke dapur dengar suara Ila dengan
Ana”, sergah Haikal yang sudah muncul di ruang tamu.
Suzana
cuba tersenyum.
“Jom
makan. Abang dengan Saiful dah siapkan makan tengah hari”
“Jomlah
makan. Ila pun dah lapar ni. Jom Ana”, ajak Aqilah melebarkan senyumannya.
Haikal
membantu Aqilah untuk berdiri. Suzana hanya melihat kemesraan suami isteri itu.
Jauh di dasar hati, dia berdoa agar sahabat baiknya kekal bahagia di samping
suami tercinta dan anak-anak.
“Thanks abang”, ucap Aqilah dengan
senyuman. Namun, baru dua, tiga langkah, perutnya terasa senak dan sakit.
Mukanya jelas berkerut. Genggaman pada tangan Haikal makin erat dan kuat.
“Sayang...”
Haikal panik.
“Sakit
bang...”, rintih Aqilah menahan sakit.
Suzana
dan Saiful meluru mendapatkan Aqilah dan Haikal.
“Sabar sayang...” Kenderaan pacuan empat roda meluncur keluar dari pekarangan rumah. Hati kecilnya tidak henti-henti berdoa.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda Amatlah Saya Hargai. Salam Sayang Dari Saya, NIERASHIDA :)