bab 63
Pandangan Aqilah jatuh pada bingkai
gambar yang terletak elok di atas meja solek. Lama dia memandang wajah Haikal
yang kaku. Senyuman kecil menghiasi bibir merahnya. Dengan lemah, dia mencapai
bingkai gambar lalu diusap wajah yang tidak bernyawa itu.
Senyuman
yang terukir pada wajah Haikal, disentuhnya penuh kasih. Biarlah tidak dapat
sentuh orangnya. Asalkan menatap gambar yang tidak bernyawa sudah mencukupi
bagi dirinya. Sebelah tangan kiri Aqilah menongkat dagu. Senyumannya makin
lebar.
“Ehem,
ehem..”
Aqilah
tersentak. Hampir hendak terlepas bingkai gambar ke lantai.
“Sorry Kak Ila”
“Aisyah
ni, kalau masuk bilik selalu tak bagi salam”, tegur Aqilah hampir hilang
semangat.
“Opss...Assalammualaikum
Kak Ila”
“Waalaikumussalam.
Hah, kan bagus kalau bagi salam tadi. Tak adalah akak terkejut”
Aisyah
melabuhkan punggung di atas katil. “Ala, maaflah. Tak sengaja”
“Okey,
akak maafkan. Tapi, dengan satu syarat” Aqilah bangun lalu menghampiri Aisyah.
“Tolong
borak dengan Abang Haikal boleh?”
Aisyah
bingung. “Tak fahamlah”
“Maksud
akak, Aisyah call Abang Haikal.
Boleh? Rindu sangat akak kat dia. Tapi, jangan beritahu yang akak ada kat sini”
Sempat lagi dia berpesan.
“Nak ke dia cakap
dengan akak?”
“Kalau rindu, kenapa
akak tak call abang?”
“Aisyah
jamin, dia pun tengah rindukan akak sekarang ni”, tutur Aisyah penuh yakin.
Terangkat
kening kiri Aqilah. “Kalau betul dia rindukan akak, dah lama dia cari akak.
Bolehkan kalau Aisyah tolong akak? Kali ni saja”
Aisyah
masih lagi berfikir. “Okey, Aisyah setuju. Tapi, dengan satu syarat”
“Amboi,
ada syarat juga ke?”
“Boleh
ke tidak? Kalau Kak Ila setuju, baru Aisyah call
Abang Haikal” Aisyah seperti mengugut Aqilah. Opss, jangan salah faham ya.
Bukan mengugut. Cuma, mahukan keadilan. Hehehe...
“Okey,
apa syaratnya?”
“Hujung
minggu ni, Aisyah nak makan nasi lemak kukus kat Pasar Besar. Boleh tak?”
Aqilah
tersenyum kecil. Mahu ketawa pun ada saat ini. “Boleh je. Hal kecil saja tu.
Okey, call Abang Haikal cepat. Ada
topupkan? Kalau habis nanti, akak topupkan kat Aisyah”
“Hah,
tak sangka akak fikir ke hadapan. Bagus betullah Kak Ila ni. Aisyah setuju.
Kejap eak, Aisyah cari nombor Abang Haikal”
Aqilah
sekadar mengangguk. “Buka loudspeaker
tau”
Aisyah
mengangguk. Lama mereka tunggu. Akhirnya...
“Assalammualaikum...”
“Waalaikumussalam.
Abang sihat?” Aisyah turut memandang Aqilah.
“Alhamdulillah
sihat”, jawab Haikal di hujung talian. Lemah saja suaranya.
Aqilah
memejam matanya buat seketika. Ya Allah, rindunya dia pada suaminya. Sedangkan,
baru satu hari dia pergi tanpa memberitahu Haikal.
“Abang
bila nak datang sini?”, soal Aisyah lagi.
Terus
terbuka mata Aqilah. Bibirnya diketap kuat. Riak wajahnya seakan tidak selesa
dengan pertanyaan yang keluar dari mulut Aisyah.
“Abang
sibuk sikit. Mak sihat tak?”, soal Haikal tidak pernah melupakan Hajah Rosiah.
“Alhamdulillah.
Mak sihat. Abang sibuk dengan apa?”
“Kerjalah.
Dengan apa lagi abang nak sibuk”
“Manalah
tahu sibuk dengan Kak Ila ke. Hari minggu pun kerja ke?”, usik Aisyah
seolah-olah tidak tahu apa-apa.
Aqilah
mengangkat kedua-dua ibu jarinya. Menandakan Aisyah pandai berlakon.
“Kak
Ila tak ada kat rumah. Dia kata nak keluar dengan Ana. Abang balik pun, dia tak
balik-balik lagi. Kat rumah mama kot Kak Ila tidur”
“Amboi,
lewatnya abang balik. Kerja apa yang abang buat sampai lewat sampai rumah?”
Aisyah ingin tahu. Nampak sangat busybody!
“Biasalah,
business baru nak berkembang. Abang
nak usaha dari titik peluh abang sendiri. Kita hidup ni, tak boleh harap ihsan
daripada orang je”
“Maksudnya,
abang tak kerja dengan Kak Ila lagi?”
“Hmm...Lebih
kuranglah”, jawab Haikal beserta keluhan.
Aqilah
terdiam. Tidak menyangka Haikal masih lagi terasa hati dengannya. Sedangkan,
dia lagi terasa hati dengan Haikal. Sudahlah menipu dirinya. Nampak sangat
Haikal masih lagi sayangkan Zurina.
“Abang
tak rindu Kak Ila?”, soal Aisyah perlahan.
“Rindu
sangat-sangat. Tapi, abang kecil hati sangat dengan dia. Entahlah, mungkin
abang perlukan masa nak rawat hati ni dari mengingati benda yang lepas”
Aqilah
tersentak. Matanya terasa hangat. Berapa lama lagi abang perlukan masa?
Setahun? Dua tahun? Tiga tahun? Takpun, sampai Ila tutup mata baru abang nak lupa
kisah lalu? Sedangkan Ila, cuba lupakan apa yang pernah abang lakukan di
belakang Ila. Mata ini yang menjadi saksi pada masa itu. Kenapa Ila boleh
lupakan? Kenapa tidak abang? Atau, abang sememangnya masih mengharapkan Zurina.
Hatinya merintih hiba.
“Kalau
rindu, selesaikan masalah ni dengan cepat. Ceritakan hal yang sebenar pada Kak
Ila. Jangan menyesal pula” Sebelah tangan Aisyah cuba memegang jari- jemari milik
Aqilah. Perbuatannya lebih menenangkan kakak iparnya.
“Insyaallah.
Abang memang nak selesaikan masalah ni cepat-cepat. Tolong jangan beritahu mak.
Abang tak mahu mak risau”
“Jangan
risau. Aisyah takkan beritahu mak. Abang nak tahu?”
“Tahu
apa?”
“Kak
Ila betul-betul rindukan abang”
Pantas
jari Aqilah mencubit lengan Aisyah. Berusaha Aisyah mengetap mulut. Berkerut
wajahnya menahan sakit.
“Mana
Aisyah tahu Kak Ila rindukan abang?” Tawa Haikal mula kedengaran.
Hati
kecil Aqilah terusik. Sesungguhnya, dia amat merindui tawa daripada lelaki itu.
Dia terlalu merindui lelaki itu.
“Aisyah
perempuan. Kak Ila pun perempuan. Mestilah Aisyah tahu hati dan perasaan Kak
Ila. Abang, fikirlah masak-masak. Memanglah abang terasa hati dengan Kak Ila.
Tapi, abang ada fikir tak, Kak Ila menderita macam mana? Dia sentiasa ingatkan
abang. Pujuklah dia” Nasihat seorang adik kepada abangnya.
“Baiklah.
Abang akan cuba. Sekarang, abang nak rehat dulu. Penat sangat. Sampaikan salam
abang pada mak”
“Nanti
dulu...”
“Apa
lagi ni Aisyah?”
“Betul
abang sayangkan Kak Ila?”
“Betullah.
Takkan abang nak main-main pula. Bagi abang masa nak rawat hati ni. Bila masa
dah tiba nanti, abang akan bincang dengan Kak Ila. Sudahlah, abang nak mandi
dan solat. Assalammualaikum”
“Waalaikumussalam”,
ucap Aisyah lalu mematikan talian.
Aqilah
merenung lama wajah Aisyah. “Dia rindukan akak?”
Aisyah
mengangguk.
“Akak
jangan nangis. Nanti mak dengar”, tegur Aisyah memperlahankan suara.
“Akak
rindukan Abang Haikal. Terlalu rindu”
“Aisyah
tahu. Sabarlah Kak Ila. Beri dia ruang untuk berfikir”
Aqilah
mengangguk. “Tapi, kenapa dia mesra betul dengan Zurina? Kalau betul dia rindukan
akak, dia takkan curang belakang akak”
“Sabarlah
Kak Ila. Semuanya akan selesai”
“Tapi,
sampai bila?” Memang Aqilah bukan seorang yang penyabar. Sabarnya pun ada
batasnya juga.
“Sabar
Kak Ila. Jomlah keluar. Kasihan kat mak seorang diri tengok tv”
“Aisyah
keluar dulu ya. Akak nak sembahyang kejap”
Aisyah
mengangguk. Hanya doa saja yang mampu dititipkan kepada Allah S.W.T agar
hubungan abang dan juga kakak iparnya kembali bersatu. Ya, itu doanya!
bab 64
Haikal gelisah. Sudah acapkali dia cuba menelefon Aqilah. Hanya peti suara yang kedengaran. Dia cuba juga menghubungi Suzana. Berharap Suzana tahu isterinya di mana. Namun, jawapannya tetap menghampakan. Dia cuba menelefon rumah mentuanya. Namun, panggilannya tidak langsung dijawab. Mana semua orang pergi? Haikal mula tertanya-tanya.
“Haikal, awak okey?”
Zurina mengeluh. Kerana sikapnya yang terlalu pentingkan diri, rumahtangga Haikal dan Aqilah goyah. Dirinya dihimpit perasaan bersalah.
“Okey. Kenapa?” Haikal tidak langsung memandang Zurina.
“Kalau awak ada hal lain, saya boleh tolong uruskan”
“Eh,
tak adalah. Saya okey”
“Manalah
tahu isteri awak ajak keluar ke hari minggu macam ni”
Haikal
sekadar tersenyum.
“Makanlah.
Daripada tadi saya tengok awak asyik pegang handphone
je”
“Awak
makanlah dulu. Saya...”
“Awak
call Ila ke?”
Kepala
Haikal mengangguk laju. Dahinya dipicit berkali-kali.
“Saya
ada meeting dengan company isteri awak jumaat lepas”
Haikal
terkedu. Pandangannya terus beralih ke arah Zurina. “Maksud awak?”
“Awak
tak beritahu pasal kerja kat Ila ke?”, tanya Zurina sambil menyedut jus
tembikai laici.
Haikal
menggeleng. “Awak cakap apa kat dia?”
“Saya
cuma beritahu yang awak sakit”, jawab Zurina tenang.
Haikal
mula resah. Terus dia bangun. “Saya nak balik dulu. Maaf”
Zurina
terkedu. Dia pula yang rasa bersalah. Sudahlah dia tidak minta maaf pada
Aqilah. Ditambah pula dengan salah faham yang timbul dalam rumahtangga Haikal
berpunca darinya juga ke?
“Assalammualaikum
sayang...”
“Waalaikumussalam”
“Awak
order untuk saya ke? Mana Haikal?”
Belum sempat duduk, soalan sudah keluar dari mulut Idham.
“Haikal
ada hal. Kalau ya pun, duduklah dulu”
“Sayang
okey tak ni?”
“Tak
okey”
“Kenapa
pula ni? Saya ada buat salah ke?” Idham tertanya-tanya.
Zurina
menyandar tubuhnya. Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja. Fikirannya
lebih tertumpu pada Haikal dan Aqilah.
“Awak
ada masalah ke?” Idham cuba berlembut dan menutur dengan tenang.
“Saya
rasa bersalah sangat”
“Rasa
bersalah? Awak bersalah pada siapa pula kali ni? Pada saya ke?”
“Id,
cuba serius sikit. Sekarang bukan masa nak bergurau”, getus Zurina dengan muka
yang serius.
“Okey,
maaf. Kenapa awak rasa bersalah pula kali ni?”
“Macam
ni, saya tak tahu Haikal tak beritahu hal yang sebenar pada Ila. Hari jumaat
lepas, saya ada meeting dengan Ila. Pasal
projek perumahan. Saya datang lewat sebab tolong hantarkan Haikal ke hospital.
Ada kemalangan kecil kat site hari
tu. Masa saya hadir meeting tu, saya
beritahulah kat Ila pasal Haikal cedera. Baru tadi pula, saya dapat tahu yang
Haikal tak pernah beritahu Ila yang dia dan saya bekerjasama”
“Dah
tu? Apa yang awak nak rasa bersalah?” Sungguh, Idham tidak faham.
Zurina
mengeluh. Sudahlah dia bercerita dengan penuh kesungguhan. Sayangnya, Idham
pula lambat tangkap tentang apa yang dia sampaikan. Nafas Zurina ditarik
sedalam yang mungkin.
“Saya
tak fahamlah...”
“Macam
ni, mestilah Ila fikir Haikal dengan saya masih ada hubungan lagi. Orang
perempuan ni, senang nak lupa apa yang pernah terjadi dulu. Tapi, bila hati
disakiti untuk kesekian kali, susah dia nak percaya pada lelaki. Mungkin juga
Ila ingatkan Haikal pura-pura cintakan dia. Saya rasa, pasal kes yang saya guna
taktik kotor untuk dapatkan Haikal, pasti Ila tak tahu lagi. Awak teman saya
jumpa Ila boleh?” Pandangan Zurina pada Idham penuh mengharap.
“Saya
boleh temankan awak. Tapi, awak pasti ke Ila ada kat rumah?”
Zurina
mengangkat bahu. Tanda tidak tahu. “Saya tengok Haikal gelisah semacam je.
Asyik tekan telefon je saya tengok. Makanan pun dia tak sentuh”
“Dia
nak cari Ila kot” Idham cuba membuat andaian.
*****
“ASSALAMMUALAIKUM.
Mak, Ila ada kat sana tak?”
“Waalaikumussalam.
Ada je kat sini. Kenapa?” Hajah Rosiah diserbu rasa ingin tahu.
Hatinya
tidak setenang tadi. “Kamu bergaduh dengan Ila ke?”
“Hmm..”
“Baik
cakap dengan mak terus terang. Kalau tak, mak report kat besan mak nanti” Dia cuba mengugut Haikal.
“Jangan
macam tu mak. Bukan gaduh pun. Ada salah faham je sebenarnya. Haikal pun tengah
pening ni”
“Tahu
pun nak pening. Mak dah pesan suruh beritahu hal sebenar pada Ila. Kamu tak nak
dengar nasihat mak”
“Mak
janganlah nak marahkan Haikal pula. Masalah ni taklah besar mana pun. Haikal
pun pening sekarang ni. Lepas satu masalah selesai, datang masalah lain pula.
Tak sampai setahun lagi Haikal dengan Ila kahwin. Dah macam-macam berlaku”
Fikiran Haikal yang kusut kembali tenang. Isteri dah jumpa, hilanglah kusutnya!
“Tu
namanya dugaan. Kalau orang yang tak mampu, dah lama bercerai-berai. Seeloknya
kamu baliklah sini. Patutlah mak tengok Ila asyik termenung je. Mak ingatkan
dia dah minta izin dekat kamu”
Nafas
Haikal dihembus lega. “Bukan salah Ila. Haikal yang salah”
“Bincanglah
baik-baik. Kamu berdua masih lagi muda. Jangan disebabkan masalah yang kecil,
kamu berdua tak boleh selesaikan. Kamu bertolak esok sajalah. Nak bertolak
malam, mak pula yang risau” Begitu sayangnya seorang ibu kepada anak
menantunya.
“Baiklah
mak. Tolong jagakan Ila bagi pihak Haikal”
“Insyaallah..”
Tubuh
Haikal terbenam lemah di sofa. Nafasnya yang panjang dihela dengan tenang.
Syukurlah dia sudah tahu ke mana hilangnya Aqilah. Pasti Aqilah rajuk hingga membawa
diri ke Kedah. Salahnya juga tidak mahu berterus-terang. Yang makan hati
sekarang, isterinya juga!
*****
HAJAH
ROSIAH menyusun pakaian yang dilipat ke dalam almari. Dalam tekun dia melakukan
tugasan, Aqilah muncul di muka pintu. Daun pintu diketuk perlahan. Hajah Rosiah
tersenyum sebaik saja melihat gerangan yang muncul di pintu bilik.
“Masuklah
Ila”
“Mak
tak tidur lagi?” Aqilah merebahkan punggung di atas katil.
“Mak
kemas baju sikit. Kenapa tak tidur lagi ni? Dah lewat malam sangat”
“Ila
tak boleh tidur”, jawabnya dengan senyuman.
“Tak
boleh tidur atau teringatkan Haikal?” Andaian Hajah Rosiah penuh dengan maksud
tersirat.
Aqilah
pura-pura menyangkal tekaan Hajah Rosiah. “Mana ada. Abang Haikal sibuk dengan
kerja”
“Haikal
memang kuat kerja”, tukas Hajah Rosiah lalu merebahkan tubuh di katil.
Lenguh-lenguh di badan terasa hilang seketika.
“Ila
tolong urutkan boleh?”
Hajah
Rosiah tersenyum senang. Lambat-lambat dia mengangguk. Aqilah mencapai minyak
panas bersebelahan bantal tidur. Setitis dua, minyak dititiskan di tapak
tangan. Penuh hati-hati, kaki mentuanya diurut perlahan-lahan.
“Ila
nak tahu tak?” Hajah Rosiah membuka bicara setelah lama berdiam.
Aqilah
membalas dengan anggukan.
“Tak
semestinya pasangan yang berkahwin tanpa ada rasa cinta, tak boleh kekal. Jodoh
tu, DIA yang tentukan. Kita sebagai hambaNYA, kena berusaha. Cuma satu je mak
nak pesan, Allah takkan beri ujian pada hambaNYA yang tak mampu hadapi”
Aqilah
diam. Memang benar apa yang dikatakan oleh Hajah Rosiah. Bukannya dia tak mampu
untuk harungi dugaan itu. Cuma, hatinya perlukan sedikit masa untuk diubati.
“Ila faham mak. Terima kasih atas nasihat mak”
“Mak
sayang Ila macam anak kandung mak. Kalau Haikal salah, mak tegur. Kalau Ila
salah, mak tegur”
Urutan
Aqilah terhenti. Kata-kata Hajah Rosiah seperti dapat menghidu masalah
rumahtangganya.
“Abang
Haikal ada telefon mak ke?” Naluri Aqilah berkocak ingin tahu.
Hajah
Rosiah diam. “Pergilah tidur. Dah lewat malam sangat ni. Esok nak bangun awal
pula”
Aqilah
patuh. Dia tidak mahu mendesak walaupun nalurinya betul-betul ingin tahu. Tapi,
dia yakin Haikal sudah menghubungi Hajah Rosiah. Apa nak jadi, lantaklah. Semua
terserah pada Haikal. Kata hatinya memberi kata putus.
“Selamat
malam mak”, ucap Aqilah sempat mengucup pipi Hajah Rosiah.
“Selamat
malam juga”, jawab Hajah Rosiah lalu memejamkan matanya. Berharap, segala
masalah yang menimpa anak menantunya akan selesai dengan cepat.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda Amatlah Saya Hargai. Salam Sayang Dari Saya, NIERASHIDA :)